Utusan Borneo (Sabah)

Aktiviti menarik meriahkan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia edisi Sabah, kata Safar

-

KOTA KINABALU: Rakyat Sabah berpeluang untuk bersama-sama memeriahka­n lagi siri Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) menerusi pelbagai program dan aktiviti menarik yang disusun rapi bagi edisi ‘Negeri Bawah Bayu’ pada kali ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong berkata program diterajui oleh Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) itu akan berlangsun­g selama tiga hari mulai Jumaat ini di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Sabah (SICC), di sini.

Beliau berkata antara aktiviti yang akan menarik kehadiran pengunjung pada siri jelajah AKM itu di Sabah ialah Jualan Agro Keluarga Malaysia; Jualan Keluarga Malaysia; sukan elektronik; sukan rakyat; gotong-royong; kayuhan ‘Fun Ride’; kenduri Keluarga Malaysia; serta pameran kementeria­n dan agensi kerajaan.

“Selain itu, program Jamin Kerja Keluarga Malaysia juga dijangka menarik perhatian pengunjung. Sabah sekarang sedang dalam proses pemulihan ekonomi, maka pihak industri dan majikan bersama kerajaan Pusat dan kerajaan negeri serta agensi-agensi berusaha untuk melakukan padanan keperluan tenaga kerja di pasaran.

“Dengan potensi rakyat Sabah yang sedang mencari kerja atau kepada mereka yang ingin mengembang­kan kerjaya masing-masing,” katanya dalam wawancara rancangan Selamat Pagi Malaysia terbitan RTM1 semalam.

Sementara itu, Safar berkata pihaknya akan memastikan program Jelajah AKM di Sabah berjalan lancar mengikut perancanga­n dan orang ramai dijemput hadir untuk memeriahka­n siri jelajah berkenaan dengan mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia