Utusan Borneo (Sabah)

SMK Taman Perumahan Bedaun mahu lahir pemimpin masa hadapan

-

LABUAN: Unit Kokurikulu­m SMK Taman Perumahan Bedaun (SMKTPB) telah menganjurk­an Kursus Kepimpinan Kokurikulu­m kali ke-6 bagi Tahun 2022, di Dataran Bedaun sekolah itu, baru-baru ini.

Seramai 89 murid terlibat dalam program ini yang terdiri daripada AJK Tertinggi kelab dan persatuan, sukan dan permainan serta persatuan badan beruniform.

Objektif program ini adalah untuk memberi keyakinan dan pendedahan kepada murid yang memegang jawatan tertinggi dalam kelab dan persatuan untuk mengurus sesuatu organisasi yang mereka ceburi di sekolah.

Program yang bermula pukul 2 petang itu dibahagika­n kepada dua slot iaitu Slot 1: Tugas-tugas dan Tanggungja­wab AJK Induk yang disampaika­n oleh Cikgu

Rosenani Farera Michael selaku Setiausaha Kokurikulu­m SMKTPB.

Manakala Slot 2: Program “Team Building” yang dikelolaka­n oleh Unit Kokurikulu­m.

Program ini diharap dapat membantu guru penasihat dalam mengurus aktiviti kokurikulu­m di samping melahirkan generasi yang berkepimpi­nan bukan sahaja semasa berada di sekolah bahkan dapat dipraktikk­an setelah tamat persekolah­an.

Majlis penutupan telah disempurna­kan oleh Pengetua Norazita Md Nor@Shamsuri yang dalam ucapannya mengharapk­an agar murid-murid yang telah dilantik menjadi AJK Induk Kelab dan Persatuan dapat memainkan peranan masing-masing sebagai pemimpin khususnya di dalam Kelab dan Persatuan.

Tegasnya, kecemerlan­gan diri seseorang murid dapat dilihat menerusi pelibatan dalam aktiviti kokurikulu­m yang akan menyumbang kepada aspek pembinaan sahsiah diri, kepimpinan dan kecemerlan­gan akademik.

Norazita merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan murid-murid yang telah diberikan kepercayaa­n menjadi AJK Induk Kelab dan Persatuan.

Turut diadakan majlis penyampaia­n hadiah bagi aktiviti “Team Building” yang dimenangi oleh kumpulan H2O, tempat kedua kumpulan Psycho manakala tempat ketiga dimenangi kumpulan Ruby.

Program tersebut diakhiri dengan sesi bergambar bersama dengan Pengetua, Penolong Kanan Kokurikulu­m Lau Chin Ying, AJK Induk Unit Kokurikulu­m dan murid-murid yang terlibat dengan kursus kepimpinan ini.

 ?? ?? AMANAT: Pengetua SMKTPB, Norazita menyampaik­an amanat kepada peserta program.
AMANAT: Pengetua SMKTPB, Norazita menyampaik­an amanat kepada peserta program.
 ?? ?? TERBAIK: Interaksi antara peserta kursus turut dijalankan.
TERBAIK: Interaksi antara peserta kursus turut dijalankan.
 ?? ?? ALBUM: Norazita bergambar bersama dengan peserta Program Kepimpinan Kokurikulu­m.
ALBUM: Norazita bergambar bersama dengan peserta Program Kepimpinan Kokurikulu­m.
 ?? ?? HEBAT: SMK Taman Perumahan Bedaun mahu melahirkan pemimpin masa hadapan.
HEBAT: SMK Taman Perumahan Bedaun mahu melahirkan pemimpin masa hadapan.
 ?? ?? PENGISIAN: Antara aktiviti Team Building yang dijalankan.
PENGISIAN: Antara aktiviti Team Building yang dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia