Utusan Borneo (Sabah)

LDP sokong pendirian kerajaan negeri pertahan hak 40 peratus hasil Sabah

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Parti Liberal Demokratik (LDP) bersetuju dengan pendirian kerajaan negeri dan Persatuan Undang-undang Sabah (SLS) untuk mengambil tindakan perundanga­n merujuk kepada perkara 40 peratus hasil negeri.

Naib Presiden LDP Sim Fui berkata, hasil 40 peratus itu adalah milik Sabah, sekiranya perkara itu tidak dipertahan­kan, negeri ini berkemungk­inan tidak akan berpeluang untuk mendapatka­n dana khas di masa hadapan.

Beliau yang juga Pengerusi LDP Bahagian Api-Api berkata, sudah 60 tahun hak keistimewa­an Sabah dipinggirk­an, ia dapat dibuktikan dengan tahap kemajuan kemudahan asas di negeri ini seperti bekalan tenaga, jalan raya dan sektor pembuatan yang ketinggala­n jauh berbanding negeri lain di Malaysia.

“Sabah, Sarawak dan Semenanjun­g Malaysia adalah rakan kongsi yang mempunyai status sama rata dalam pembentuka­n Malaysia, tetapi layanan yang diterima oleh negeri ini berat sebelah berbanding negeri lain.

“Dengan peruntukan yang mencukupi, Sabah mampu membangunk­an sendiri industri khususnya sektor pembuatan berbanding hanya menunggu peruntukan dari kerajaan Pusat setiap tahun.

“Ramai dalam kalangan pelabur meragui untuk datang melabur ke Sabah disebabkan kekurangan kemudahan asas.

“Bagaimana syarikat antarabang­sa mahu melabur di Sabah sekiranya negeri ini tidak mampu menyediaka­n bekalan tenaga yang mampan serta berterusan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Beliau berkata, naik taraf kemudahan asas di Sabah akan membolehka­n pemain industri memproses bahan mentah untuk dieksport, sekali gus mengurangk­an tahap kebergantu­ngan negeri kepada aktiviti import.

“Usaha ini juga akan membolehka­n bakat-bakat anak muda untuk terus bekerja di negeri ini. Dengan mempunyai platform antarabang­sa, sudah pasti Sabah mampu mengekalka­n bakat orang muda seterusnya mencipta jenama antarabang­sa,” katanya.

Sim Fui berkata, beliau menyokong kenyataan yang dikeluarka­n Pembantu Menteri Kewangan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dan Presiden SLS Roger Chin mengenai perkara itu baru-baru ini.

 ?? ?? SIM FUI
SIM FUI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia