Utusan Borneo (Sabah)

AKSB sangkal dakwaan telaga jejari gagal

-

KOTABHARU:AirKelanta­n Sdn Bhd (AKSB) menyangkal kenyataan oleh Pengerusi Save Kelantan, Datuk Husam Musa baru-baru ini yang mendakwa pelaksanaa­n telaga jejari gagal.

AKSB menerusi satu kenyataan semalam turut menolak kritikan terhadap pengeruso pertubuhan bukan kerajaan itu terhadap Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Raya, Infrastruk­tur, Pengangkut­an dan Utiliti negeri, Datuk Azami Mohd Nor.

“Yang Berhormat (Azami) telah melantik mereka yang mempunyai kepakaran untuk mengurus AKSB bagi memastikan mereka yang benar-benar layak mengetuai jabatan dan unit dalam organisasi.

“Perkara ini dapat dilihat apabila Pengurus Besar AKSB baharu yang telah dilantik pada pertengaha­n 2019 dan struktur organisasi AKSB disusun sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2020 dan 2021,” menurut kenyataan itu.

Menurutnya telaga jejari untuk Loji Rawatan Air (LRA) Merbau Chondong pula berjaya beroperasi pada kadar reka bentuk 17 juta liter sehari (JLH) manakala telaga jejari untuk LRA Wakaf Bharu beroperasi pada kadar 24 JLH dan Telaga jejari untuk LRA Kampung Chap beroperasi pada kadar 11 JLH.

“Malah, dakwaan telaga jejari untuk LRA Kampung Telok tidak ada air juga adalah tidak benar memandangk­an ia berjaya beroperasi pada kadar reka bentuk 32 JLH walaupun pada masa ini ia hanya berupaya menghasilk­an air terawat 10 JLH sahaja yang menepati piawai Kementeria­n Kesihatan (KKM),” katanya.

Menurut kenyataan itu juga antara tuduhan lain termasuk tuduhan mengenai pemasangan sistem rawatan air Chemiles di LRA Kampung Chap, LRA Taman Telok Mesira dan LRA Meranti Baru adalah tidak benar, kerana sistem ini hanya dipasang di LRA Kampung Chap dan akan dipasang di LRA Meranti Baru sahaja.

Kenyataan itu turut memaklumka­n, tuduhan ke atas cadangan pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) di Labok, Machang sebagai cadangan untuk menghabisk­an duit dan tidak boleh selesaikan masalah air di Kelantan, adalah tidak benar.

Sebelum ini H usam menerusi satu rakaman video yang tersebar luas di sini mendakwa sistem telaga jejari berkalikal­i gagal berikutan kuantiti air yang masih tidak cukup, dan beliau turut mendakwa kegagalan itu berikutan AKSB dan Exco (yang mengurus air) tidak mempunyai kepakaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia