Utusan Borneo (Sabah)

Pengerusi Lembaga Gabenor USM ketuai senarai penerima darjah kebesaran Perlis

-

ARAU: Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti Sains Malaysia (USM) Datuk Dr Awang Adek Hussin mengetuai senarai 325 penerima anugerah darjah kebesaran negeri Perlis sempena ulang tahun keputeraan ke-79 Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l, di Istana Arau di sini, semalam.

Awang dianugerah­i ‘Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis’ (SPMP) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’.

Seorang lagi penerima SPMP ialah Pengarah Prima Group Sdn Bhd, Tan Sri Mohd Ariffin Mohd Yusuf.

Tiga orang menerima anugerah ‘Datuk Paduka Mahkota Perlis’ (DPMP) iaitu Ketua Setiausaha Kementeria­n Pendidikan Datuk Yusran Shah Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan Dan Koperasi Datuk Suriani Datuk Ahmad dan Ketua Setiausaha Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Azman Mohd Yusof.

Bagi darjah ‘Datuk Setia Paduka Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullai­l’ (DSPJ) pula penerimany­a ialah Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad, Timbalan Pengarah (Pasukan Gerakan Am), Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri Dan Ketenteram­an Awam DCP Muhammad Abdul Halim, Duta Besar

Malaysia ke Sepanyol Akmal Che Mustafa, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pembanguna­n Pelajar Dan Alumni USM Prof Dr Aldrin Abdullah dan Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Malaysia Wan Jeffry Kassim.

Selain itu, dua individu menerima ‘Datuk Panglima Sirajuddin Jamalullai­l’ (DPSJ) iaitu Pendaftar USM Dr Musa Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) Md Silmi Abd Rahman.

Darjah DPMP, DSPJ dan DPSJ membawa gelaran ‘Datuk’.

Tuanku Syed Sirajuddin berkenan menganuger­ahkan darjah kebesaran itu kepada 22 penerima hari ini, manakala 303 orang lagi akan menerima anugerah mereka dalam majlis pada hari lain.

Darjah-darjah kebesaran yang tidak membawa gelaran pula ialah Setia Mahkota Perlis (SMP) dianugerah kepada empat penerima; Seri Sirajuddin Perlis (SSP) (empat penerima); Ahli Mahkota Perlis (AMP) (32 penerima).

Pingat Mahkota Perlis (PMP) (36 penerima); Pingat Pekerti Terpilih (PPT) (tiga penerima), Pingat Jasa Kebaktian (PJK) (61 penerima); Pingat Jasa Baik (PJB)(153 penerima) dan Pingat Perkhidmat­an Lama (PPL) (20 penerima). — Bernama

 ?? . — Gambar Bernama ?? TABIK HORMAT: Tuanku Syed Sirajuddin berkenan memberikan tabik hormat pada perbarisan kehormatan pada Majlis Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Sempena Ulang Tahun Keputeraan Baginda yang ke-79 di Istana Arau dekat Arau, semalam. Turut berangkat, Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Abdul Rashid (dua kanan), Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l (kiri) dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil
. — Gambar Bernama TABIK HORMAT: Tuanku Syed Sirajuddin berkenan memberikan tabik hormat pada perbarisan kehormatan pada Majlis Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Sempena Ulang Tahun Keputeraan Baginda yang ke-79 di Istana Arau dekat Arau, semalam. Turut berangkat, Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Abdul Rashid (dua kanan), Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l (kiri) dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia