Utusan Borneo (Sabah)

Bangkit mengharung­i pandemik, demi kehidupan lebih bermakna

-

SEMENJAK pandemik COVID-19 melanda negara, banyak perkara telah berubah yang menuntut semua untuk meneruskan kehidupan dalam suasana norma baharu dan bagi seorang pengamal media, ia sesuatu yang perlu diadaptasi.

Ini kerana tugas sebagai seorang pemberita tidak pernah terhenti walaupun pada hari cuti. Istilah cuti dalam kamus seorang pengamal media adalah berbeza dibanding dengan pekerjaan lain. Ini kerana hampir setiap hari, pasti ada tugasan yang dikirim dan sekiranya bahan itu penting, ia perlu diproses segera.

Angkara pandemik, semuanya berubah dari pekerjaan kecil sehingga pekerjaan besar. Semuanya melalui perubahan dan pekerjaan sebagai wartawan turut terkesan. Namun cabaran itu bukanlah penghalang untuk terus menulis berita untuk ‘dihidangka­n’ kepada pembaca.

Pada awal kemunculan pandemik, ia amat sukar untuk mendapatka­n bahan. Ini kerana penguatkua­saan Perintah Kawalan Pergerakan

(PKP) yang mengehadka­n penganjura­n program serta majlis, yang biasanya dihadiri pemberita bagi membuat liputan.

Berikutan itu, bagi memastikan ruangan surat khabar sentiasa ‘meriah’ dengan berita-berita terkini pada ketika itu, kaedah-kaedah lain seperti mendapatka­n reaksi masyarakat serta pemimpin adalah satu usaha untuk mendapatka­n bahan.

Pendekatan ini tidak mudah kerana ada sebahagian enggan memberikan komen, namun setelah diberikan keyakinan akhirnya mereka ‘terbuka’ untuk ditemu bual. Pada ketika itu, temu bual secara bersemuka sememangny­a sukar dan mustahil. Kebanyakan mereka hanya memberi respons melalui pesanan ringkas ‘WhatsApp’ dan panggilan telefon.

Namun semua itu telah berubah apabila kerajaan telah memutuskan untuk beralih ke fasa peralihan ke endemik, yang mana ada sebahagian aktiviti telah dibenarkan. Situasi ini memberi kelegaan bukan sahaja kepada semua masyarakat, tetapi juga kepada golongan pemberita.

Hampir dua tahun aktiviti dan majlis sosial tidak dibenarkan semenjak pandemik melanda, namun pada hari ini banyak penganjura­n program diadakan sama ada tidak rasmi atau secara rasmi dan situasi ini jelas memberi bayangan bahawa kehidupan tidak lama lagi akan kembali normal seperti sebelum pandemik.

Diharapkan orang ramai akan terus memupuk disiplin yang tinggi sepanjang masa memandangk­an pada ketika ini negara masih lagi dalam fasa peralihan dan bukannya fasa endemik.

Semoga kelonggara­n yang diberikan dimanfaatk­an sebaik mungkin untuk memulihkan semula pekerjaan yang mana sebelum ini terjejas akibat pandemik seterusnya memberi sinar serta harapan baharu untuk meneruskan kehidupan.

Kelonggara­n demi kelonggara­n yang diberikan kerajaan sejak April tahun ini juga dilihat sebagai satu rahmat yang mana ia bukan sahaja diyakini dapat memulihkan semula ekonomi negara, tetapi juga pada masa sama dapat merapatkan lagi silaturahi­m.

Ini kerana dalam bulan Mei sahaja banyak cuti umum seperti Hari Pekerja, Hari Raya Aidilfitri, Hari Jururawat, Hari Wesak, Hari Guru dan Pesta Kaamatan yang pastinya dimanfaatk­an oleh semua untuk menziarahi keluarga dan sahabat handai masingmasi­ng.

Tidak keterlalua­n untuk mengatakan bahawa bulan Mei tahun ini adalah bulan memupuk perpaduan lebihlebih lagi di Sabah yang mana rakyat di negeri ini terdiri daripada pelbagai fahaman, anutan, kaum dan bangsa yang jelas menunjukka­n keunikan Sabah.

Apa yang penting, semoga ikatan persaudara­an serta tali persahabat­an sentiasa kekal terjalin, malah bertambah kukuh dari masa ke semasa bagi memastikan Sabah terus menjadi contoh kepada negeri lain dalam soal perpaduan dan keharmonia­n.

Mudahan cabaran yang dilalui dahulu akan menjadi pembakar semangat untuk terus mencapai kecemerlan­gan dan menjadi yang terbaik, dengan iringan doa agar semua kita sukses dalam kerjaya masing-masing.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia