Utusan Borneo (Sabah)

YADIM Sabah agih sumbangan sempena MTQ Negeri

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah mengambil inisiatif menyampaik­an sumbangan bagi membantu operasi beberapa institusi di daerah ini.

Pengarahny­a, Muhammad Akmal Othman berkata sumbangan itu adalah bersempena Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) peringkat negeri Sabah yang diadakan di Tawau.

Katanya, sempena majlis itu berlangsun­g, YADIM Sabah mengambil kesempatan menziarahi dan menyampaik­an sumbangan kepada beberapa institusi yang terpilih.

“Sumbangan itu kita berikan kepada Hospital Besar Tawau, Rumah Anak Yatim AR-Raudhoh dan empat buah pusat Tahfiz di daerah ini.

“YADIM Sabah menyampaik­an sumbangan berupa wang tunai, pakaian, bakul makanan dan barangan elektrik bagi membantu operasi institusi berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an sumbangan tersebut di Rumah Anak Yatim Ar-Raudhoh Tawau, di sini semalam.

Dalam pada itu, katanya, YADIM adalah sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang boleh menerima dana awam.

“Justeru, selain peruntukan sedia ada, sumbangan yang disampaika­n itu juga adalah hasil dana awam yang diterima.

“Dana awam yang diterima, kita sumbangkan semula kepada mereka yang memerlukan supaya semua golongan sasar menerima manfaatnya,” katanya.

Menurutnya, YADIM Sabah terus memainkan peranannya khususnya membantu rakyat di negeri ini terutamany­a kepada golongan yang memerlukan.

“Selain kita mencari golongan sasar, YADIM Sabah juga turut menerima permohonan daripada institusi memerlukan.

“Bagaimanap­un, bantuan yang diberikan mengikut peruntukan sedia ada dan kemampuan YADIM Sabah,” katanya.

Muhammad Akmal mengharapk­an dengan sumbangan yang diberikan itu dapat membantu serba sedikit dan meringanka­n bebanan yang ditanggung oleh institusi berkenaan.

 ?? ?? SUMBANGAN: Muhammad Akmal (tiga kanan) menyampaik­an sumbangan kepada pengurus Rumah Anak Yatim Ar Raudhoh, Tawau, Ahmad Siong.*
SUMBANGAN: Muhammad Akmal (tiga kanan) menyampaik­an sumbangan kepada pengurus Rumah Anak Yatim Ar Raudhoh, Tawau, Ahmad Siong.*

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia