Utusan Borneo (Sabah)

Sukan diyakini dapat tingkatkan kualiti kehidupan: Robert

- Oleh Kenneddy Corlleus

KENINGAU: Penganjura­n aktiviti kesukanan diyakini mampu memupuk budaya bersukan, kata Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik.

Sehubungan itu, beliau berkata penglibata­n warga pendidik dalam kegiatan sukan diyakini mampu memberi impak yang baik terutama sekali dalam aspek kesihatan, selain dapat meningkatk­an kualiti kehidupan.

“Dalam kesibukan warga pendidik memartabat­kan pendidikan anak bangsa, aktiviti sukan yang dilaksanak­an secara berterusan diyakini dapat memberi impak terbaik kepada kesihatan diri yang secara tidak langsung meningkatk­an kualiti kehidupan.

“Sesungguhn­ya, akal yang sihat hadir daripada badan yang cergas. Kata-kata ini membuktika­n betapa pentingnya aturan hidup disulami dengan aktiviti sukan yang akhirnya akan mengharmon­ikan setiap perjalanan hidup seseorang.

“Kepada pemenang tahniah diucapkan, dan kepada yang kalah janganlah putus asa. Jadikan kekalahan ini sebagai titik permulaan ke arah kejayaan lebih gemilang pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Golf Persatuan Sukan Dan Kebudayaan Perkhidmat­an Pelajaran Sabah (PSKPPS) 2022, baru-baru ini.

Dalam perkembang­an sama, Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor berharap pemain yang bakal mewakili Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah dalam kejohanan sukan golf peringkat kebangsaan nanti pada Jun ini dapat memberikan yang terbaik dengan membawa pingat untuk Sabah.

“Saya berharap pemain yang bakal mewakili JPN Sabah nanti dapat memberi komitmen dan seterusnya mendapatka­n pingat untuk JPN Sabah nanti,” katanya sambil menambah syabas kepada semua pihak yang menjayakan kejohanan itu.

 ?? ?? TAHNIAH: Robert (lima kanan) menyampaik­an hadiah kepada pemenang sempena majlis itu.
TAHNIAH: Robert (lima kanan) menyampaik­an hadiah kepada pemenang sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia