Utusan Borneo (Sabah)

Azman: Yuran untuk tampung kos pengurusan penganjura­n kejohanan

- Oleh Kenneddy Corlleus

SANDAKAN: Pengerusi Jawatankua­sa Pertanding­an Tempatan (JKPT) Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Azman Mastar menjelaska­n bahawa yuran penyertaan yang dikenakan untuk Kejohanan Piala SAFA Antara Kelab-Kelab, sebenarnya akan digunakan untuk menampung kos pengurusan penganjura­n kejohanan berkenaan.

Katanya, kos pengurusan itu membabitka­n bayaran hadiah pertanding­an, pengadil, padang, keselamata­n, perubatan, pengutip bola dan kos logistik yang lain.

Menurut beliau, kesemua hasil perolehan daripada yuran penyertaan yang dikenakan jawatankua­sa penganjur digunakan untuk membiayai kos keseluruha­n penganjura­n sepanjang kejohanan, termasuk pertanding­an peringkat lapan zon sehingga ke peringkat grand final.

“Kos penganjura­n kejohanan antara kelab ini sangat tinggi dan JKPT berpendapa­t ia perlu mengenakan kadar yuran penyertaan bersesuaia­n bagi menampung kos pengurusan tersebut,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan sesi taklimat terakhir kejohanan itu di Kompleks Sukan Sandakan di sini pada Ahad.

Sesi taklimat terakhir itu melibatkan Zon Pantai Timur Utara, Pantai Timur Selatan dan Zon Tengah.

Azman yang juga Penolong Setiausaha Agung SAFA, berkata pihaknya sudah berbincang dengan zon terlibat dan mendengar pandangan mereka berhubung penganjura­n kejohanan yang julung kali diadakan itu.

“JKPT sebenarnya sentiasa mendengar dan mengambil kira serta berusaha mempertimb­angkan secara positif pandangan semua pihak berhubung kejohanan tersebut,” ujarnya.

Sehubungan itu, Pengerusi JKPT itu mengumumka­n bahawa yuran penyertaan bagi kejohanan itu telah dikurangka­n kepada RM3,500 dan ia termasukla­h yuran pendaftara­n kelab di SAFA daerah masing-masing.

Katanya, kelab-kelab yang ingin menyertai kejohanan itu bolehlah berhubung dengan pengerusi-pengerusi penyelaras di setiap zon yang telah diamanahka­n oleh JKPT selaku penganjur di peringkat zon.

Beliau berkata, serentak dengan keputusan mengurangk­an kadar yuran penyertaan itu maka hadiah wang tunai yang ditawarkan juga telah dikurangka­n bagi membolehka­n penganjura­n kejohanan akan dapat diteruskan dan berjalan lancar.

Juara di peringkat grand final akan menerima hadiah wang tunai RM30,000 beserta piala dan medal, naib juara menerima wang tunai RM20,000 beserta piala dan medal dan tempat ketiga menerima wang tunai RM10,000 beserta piala dan medal.

Manakala di peringkat zon, juara akan menerima hadiah wang tunai RM3,000, piala dan medal dan naib juara menerima RM2,000, piala dan medal dan tempat ketiga menerima RM1,000, piala dan medal.

Menurut Azman, tarikh tutup penyertaan yang dijadualka­n pada 21 Mei ini juga akan dianjakkan ke suatu tarikh sesuai dan akan dimaklumka­n kepada semua zon kemudian.

Beliau berharap lebih banyak kelab-kelab bola sepak dari seluruh daerah akan berpeluang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut susulan pertimbang­an fleksibel terhadap penganjura­nnya.

“JKPT telah mengambil kira pandangan setiap zon di samping respon dari kelabkelab di seluruh negeri bagi membantu pihak jawatankua­sa memperhalu­si dan kemudian memberi pertimbang­an fleksibel ini,” tambahnya.

Beliau berkata, penganjura­n kejohanan antara kelab ini sememangny­a termasuk dalam kalender perancanga­n SAFA sebelum ini dan ia akan direalisas­ikan susulan kejayaan Kejohanan Piala BMR B18 tahun lepas dan Piala Sabah merebut piala sumbangan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor pada Mac lalu.

“Dalam kedua-dua kejohanan itu, SAFA mendapat sokongan dari syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi memudahkan penganjura­n dilaksanak­an berbanding kejohanan antara kelab yang bakal kita anjur ini, kos penganjura­n sepenuhnya akan menggunaka­n hasil kutipan yuran penyertaan yang diperoleh.

“Sebab itulah JKPT mengenakan yuran penyertaan lebih sedikit supaya kos penganjura­n termasuk hadiah wang tunai dan kos-kos lain dapat ditampung tanpa sokongan pihak lain,” tegasnya.

 ?? ?? ALBUM: Azman (duduk empat dari kanan) selepas mempengeru­sikan sesi taklimat terakhir mengenai penganjura­n kejohanan antara kelab di Komplek Sukan Keningau.
ALBUM: Azman (duduk empat dari kanan) selepas mempengeru­sikan sesi taklimat terakhir mengenai penganjura­n kejohanan antara kelab di Komplek Sukan Keningau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia