Utusan Borneo (Sabah)

UBAH SUAI TANGKI, SELUDUP MINYAK

PPM rampas 1,500 liter diesel, tahan pemandu lori di sebuah stesen minyak

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Cubaan seorang pemandu lori membawa sebanyak 1,500 liter diesel tanpa permit, gagal selepas ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) di sebuah stesen minyak di kawasan Balung, di sini kelmarin.

Dalam kejadian kirakira jam 7.35 malam itu, lelaki terbabit ditahan ketika sedang mengisi minyak diesel ke dalam sebuah tangki penyimpana­n yang telah diubah suai.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi

PPM Tawau, Deputi Superinten­dan Polis Ridzauddin Selamat berkata pasukannya mengesan sebuah lori 10 tan dalam keadaan mencurigak­an di lokasi tersebut.

Katanya, anggota PPM bertindak menghampir­i lori berkenaan dan mendapati seorang lelaki tempatan berumur 38 tahun sedang mengisi minyak diesel ke dalam sebuah tangki.

“Hasil pemeriksaa­n, lelaki berkenaan gagal menunjukka­n sebarang dokumen atau permit yang sah untuk membawa minyak diesel dalam kuantiti yang dibenarkan.

“Pemeriksaa­n lanjut mendapati, lelaki berkenaan sudah memasukkan kira-kira 1,500 liter minyak diesel ke dalam tangki tersebut,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, pasukan PPM mendapati tangki penyimpana­n minyak tersebut sudah diubah suai bertujuan membawa minyak diesel dalam kuantiti yang banyak dan dipercayai untuk aktiviti penyeludup­an.

“Suspek terbabit ditahan dan semua barang rampasan dibawa ke Pangkalan PPM Tawau sebelum diserahkan kepada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk tindakan lanjut.

“Jumlah rampasan termasuk lori berkenaan dianggarka­n bernilai RM183,025 dan kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan dan Bekalan 1961,” katanya.

Ridzauddin berkata pihaknya menggalakk­an masyarakat menyalurka­n sebarang maklumat dalam mengekang jenayah terutamany­a rentas sempadan.

“Maklumat boleh disalurkan melalui aplikasi whatsApp PPM Wilayah 4 Sabah di talian 0139391197 atau berhubung terus ke Bilik Gerakan PPM Tawau di talian 089983628,” katanya.

 ?? ?? RAMPASAN: Suspek dan barang rampasan dibawa ke Pangkalan PPM Tawau untuk tindakan lanjut.
RAMPASAN: Suspek dan barang rampasan dibawa ke Pangkalan PPM Tawau untuk tindakan lanjut.
 ?? ?? SELUDUP: Anggota PPM menunjukka­n tangki minyak yang telah diubah suai dipercayai untuk tujuan penyeludup­an.
SELUDUP: Anggota PPM menunjukka­n tangki minyak yang telah diubah suai dipercayai untuk tujuan penyeludup­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia