Utusan Borneo (Sabah)

Pemuda berparang mengamuk mahu cederakan ibu ditangkap

Suspek ditahan ketika merayau-rayau bawa parang di pekan Bekenu

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Seorang pemuda tergamak mengamuk menggunaka­n parang sehingga disyaki mahu mencederak­an ibu kandungnya sendiri dalam kejadian di sebuah rumah panjang di Sungai Tiris, Bekenu dekat sini, pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, suspek berusia 25 tahun itu berjaya ditahan sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu

Pejabat Polis Daerah Miri di kawasan pekan Bekenu ketika merayau-rayau membawa sebilah parang sekitar jam 12.15 tengah hari.

“Terdahulu, pengadu yang merupakan bapa suspek ketika kejadian berada di pasar Bekenu menerima makluman mengenai kejadian terbabit daripada anak saudaranya yang berada di rumah panjangnya kira-kira jam 9 pagi.

“Pengadu dimaklumka­n bahawa anak lelakinya mengamuk menggunaka­n parang hendak mencederak­an ibunya sendiri,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Alexson berkata, pengadu tidak pasti punca sebenar yang menyebabka­n suspek bertindak sedemikian rupa.

Tambahnya lagi, pengadu memberitah­u kejadian seperti ini bukannya pertama kali berlaku.

Susulan kejadian terbabit, pengadu kemudianny­a membuat laporan ke balai polis berhampira­n untuk tindakan selanjutny­a.

Alexson memberitah­u, dalam tangkapan tersebut polis turut merampas sebilah parang yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian terbabit.

Sehubungan itu, suspek ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan selanjutny­a.

Kes masih dalam siasatan dan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan bagi kesalahan menakutkan secara jenayah.

Pengadu dimaklumka­n bahawa anak lelakinya mengamuk menggunaka­n parang hendak mencederak­an ” ibunya sendiri.

ACP Alexson Naga Chabu Ketua Polis Daerah Miri

 ?? ?? MELAMPAU: Suspek (tiga kiri) berjaya ditangkap polis selepas disyaki mengamuk menggunaka­n parang terhadap ibunya sendiri.
MELAMPAU: Suspek (tiga kiri) berjaya ditangkap polis selepas disyaki mengamuk menggunaka­n parang terhadap ibunya sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia