Utusan Borneo (Sabah)

Pembantu tadbir rugi lebih RM30,000 diperdaya ‘Macau Scam’

-

SEREMBAN: Seorang pembantu tadbir di Port Dickson mendakwa kerugian RM38,480 setelah diperdaya sindiket ‘Macau Scam’ yang menyamar sebagai pihak syarikat kurier dan pegawai polis pada 15 Mei lepas.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata, wanita berusia 46 tahun itu mendakwa menerima panggilan daripada syarikat kurier berkenaan memaklumka­n terdapat bungkusan barang terlarang atas namanya di pejabat tersebut, namun mangsa menafikan perkara itu.

Beliau berkata, panggilan mangsa kemudian disambungk­an kepada seorang individu kononnya pegawai polis dikenali sebagai ASP Wong yang memberitah­u wanita itu terlibat dengan kes penggubaha­n wang haram dan pengedaran dadah.

“Mangsa diminta menyerahka­n maklumat perbankan dalam talian iaitu ‘username’ dan kata laluan bagi empat akaun miliknya. Dia turut menyerahka­n nombor Kod Pengesahan Transaksi (TAC) yang diterima untuk tujuan pemindahan wang kepada pegawai polis itu.

“Mangsa yang berasa curiga itu kemudian membuat semakan akaun bank dan mendapati kerugian RM38,480 daripada empat akaun miliknya yang dipindahka­n ke akaun tidak dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Aidi Sham berkata, wanita itu membuat laporan polis pada hari sama dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Justeru, beliau menasihatk­an orang ramai supaya tidak mudah mempercaya­i panggilan yang mengaku sebagai badan penguat kuasa atau institusi kewangan selain tidak mendedahka­n butiran perbankan kepada pihak tidak dikenali bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia