Utusan Borneo (Sabah)

Rayuan Farid Kamil ditangguh, peguam terlibat perbicaraa­n kes Ahmad Zahid

-

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan semalam menangguhk­an prosiding rayuan pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terhadap sabitan dan hukuman penjara sembilan bulan bagi kesalahan berkaitan dadah setelah peguamnya terlibat dalam perbicaraa­n kes Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Panel tiga hakim yang terdiri daripada Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Ghazali Cha membenarka­n penangguha­n yang dimohon peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Farid Kamil.

Hisyam memberitah­u mahkamah bahawa beliau terlibat dalam perbicaraa­n kes rasuah bekas timbalan perdana menteri itu yang melibatkan kontrak sistem visa luar negara di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Timbalan Pendawa Raya Eyu Ghim Siang tidak membantah permohonan penangguha­n tersebut.

Abdul Karim kemudian menetapkan Isnin ini untuk pengurusan kes.

Selain rayuan Farid Kamil terhadap sabitan dan hukuman penjara bagi kes berkaitan dadah, Mahkamah Rayuan juga sepatutnya mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menggantik­an hukuman penjara 13 bulan yang dikenakan ke atas Farid Kamil, dengan denda RM5,000 kerana menggunaka­n kekerasan jenayah ke atas anggota polis.

Pendakwaan juga memohon lanjutan masa bagi memfailkan notis rayuan bagi kes yang sama (menggunaka­n kekerasan jenayah terhadap anggota polis).

Farid Kamil, 40, dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan dan diperintah­kan supaya diletakkan di bawah pengawasan selama dua tahun di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 15 Mei 2019. Dia gagal rayuannya pada 2019, setelah ditolak oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Pada 2 Jun 2020, Mahkamah Majistret Petaling Jaya menjatuhka­n hukuman penjara 13 bulan terhadap Farid kerana menggunaka­n kekerasan jenayah terhadap Konstabel Muhammad Nizam Jamaluddin di kaunter pertanyaan Balai Polis Trafik Kota Damansara pada 1.20 tengah hari pada 11 Januari 2018.

Dia juga dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret kerana mengeluark­an kata-kata tidak sopan terhadap Muhammad Nizam mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967. Dia diperintah­kan menjalani hukuman itu serentak.

Bagaimanap­un, susulan rayuan pelakon itu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menggantik­an hukuman penjara 13 bulan kepada denda RM5,000 manakala hukuman penjara empat bulan kerana mengeluark­an perkataan tidak sopan itu digantikan dengan denda RM500.

Pada 5 Januari lepas, Farid Kamil gagal untuk gagal mendapatka­n kebenaran merayu terhadap sabitan dan hukuman denda RM5,500, atas kesalahan menggunaka­n kekerasan jenayah serta mengeluark­an perkataan tidak sopan terhadap seorang anggota polis.

Sementara itu, pihak pendakwaan mengemukak­an rayuan balas terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menggantik­an hukuman penjara 13 bulan kepada denda RM5,000.

Bagaimanap­un, pihak pendakwaan tidak dapat meneruskan rayuannya di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menggantik­an hukuman penjara empat bulan dengan denda RM500 bagi kesalahan mengeluark­an perkataan yang tidak sopan kerana gagal lanjutan masa untuk memfailkan petisyen rayuannya.

Farid Kami juga diwakili peguam Kee Wei Lon.

 ?? — Gambar Bernama ?? RAYUAN KES: Farid Kamil (dua kanan) bersama barisan peguamnya ketika hadir bagi prosiding rayuan kes berkaitan dadah di Mahkamah Rayuan Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama RAYUAN KES: Farid Kamil (dua kanan) bersama barisan peguamnya ketika hadir bagi prosiding rayuan kes berkaitan dadah di Mahkamah Rayuan Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia