Utusan Borneo (Sabah)

Man Utd tidak sanggup berbelanja besar untuk mendapatka­n De Jong

-

MANCHESTER: Kelab Manchester United memberitah­u Barcelona bahawa mereka tidak bersedia untuk berbelanja sehingga 70 juta pound bagi mendapatka­n Frenkie de Jong pada musim panas ini.

De Jong adalah salah seorang pemain sasaran utama United dengan bakal pengurus baharu United, Erik ten Hag berminat untuk bekerjasam­a sekali lagi dengan bekas pemain pertahanan Ajax itu.

Barcelona mahu mengaut semula kos 65 juta pound apabila membeli De Jong dari Ajax pad 2019.

Satu kompromi mungkin sukar dicapai dengan United menjelaska­n kepada wakil Barca dan De Jong bahawa mereka tidak mampu untuk berbelanja terlalu besar untuk mendapatka­n pemain antarabang­sa Belanda itu.

Ten Hag harus bekerja dengan dana yang terhad apabila memulakan tugas secara rasmi pada minggu hadapan dengan United gagal layak ke Liga Juara-Juara pada musim hadapan.

Dia berdepan tugas sukar membina semula skuad, dengan sehingga 10 pemain dijangka akan meninggalk­an kelab, dengan kelab berazam untuk lebih teliti dan berjimat dalam pasaran perpindaha­n pemain.

De Jong, 25, dikatakan lebih berminat untuk terus kekal di Camp Nou atau berpindah ke kelab yang beraksi dalam Liga Juara-Juara jika Barca membuat keputusan untuk menjualnya.

Presiden Barca, Joan Laporta sebelum ini mengakui bahawa dia mungkin tidak mempunyai sebarang pilihan selain melepaskan beberapa pemain bintang kerana masalah kewangan di kelab ketika ini.

“Saya tidak tahu jika kami akan menjual pemain utama,” katanya. “Jika kami melengkapk­an beberapa perjanjian, mungkin ia tidak diperlukan. Namun keutamaan kami ialah situasi kewangan semasa. Kami akan melakukan apa yang terbaik untuk kelab ini.”

Ten Hag memberi keutamaan untuk mendapatka­n seorang pemain tengah, dan seorang penyerang untuk menggantik­an Edinson Cavani dengan penyerang kelab Benfica, Darwin Nunez menjadi sasaran.

Dia juga mungkin mahu memperkuat­kan benteng pertahanan berikutan spekulasi dia mungkin akan mendapatka­n pemain Ajax, Jurrien Timber atau Lisandro Martinez, walaupun United masih mempunyai pilihan di posisi itu jika Eric Bailly dan Phil Jones meninggalk­an kelab.

Dalam pada itu, Juventus bergelut menyamai tawaran Paris Saint Germain (PSG) untuk mendapatka­n pemain tengah United, Paul Pogba, dengan pemain tengah antarabang­sa Perancis itu juga dikatakan berbincang dengan Real Madrid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia