Utusan Borneo (Sabah)

Jacobs tidak puas hati dengan prestasiny­a

-

SAVONA: Lamont Marcell Jacobs berasa kecewa dengan pencapaian­nya dalam acara lari pecut 100 meter walaupun meraih kemenangan dalam kejohanan di sini pada Rabu, dengan meraih kemenangan pada perlumbaan pertamanya sejak memenangi dua pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo tahun lepas.

Jacobs, atlet dari Itali, melepasi garisan penamat dengan masa 10.04 saat di hadapan sejumlah kecil penonton pada kejohanan yang kurang berprestij, selepas memenangi acara saringan dengan catatan bantuan angin 9.99 saat.

Atlet berusia 27 tahun itu meninggalk­an trek dengan sedikit masalah di otot kakinya dan berkata bahawa dia ada terfikir untuk tidak berlumba di final kerana dia tidak berasa selesa mengawal perlumbaan dalam peringkat saringan.

“Sejujurnya saya fikir saya boleh melakukan yang lebih bagus lagi,” katanya kepada wartawan.

“Dari segi teknik, saya tidak seperti yang saya mahukan. Ia adalah satu perlumbaan di mana saya merasakan saya tidak memberikan yang terbaik.”

Pada bulan Mac, Jacobs memenangi pingat emas acara 60 meter dalam dewan di Belgrade, menewaskan juara dunia 100 meter dari Amerika Syarikat (AS), Christian Coleman di final.

Dan dia dijadual berlepas ke Nairobi minggu lepas bersama Fred Kerley untuk kejohanan pertama selepas mencipta kejutan di kejohanan tertangguh Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada tahun lepas.

Bagaimanap­un, dia terpaksa menarik diri dari kejohanan itu kerana masalah usus, bermakna dia akhirnya membuat penampilan pertama pada kejohanan di sini.

“Ia adalah minggu yang agak sukar selepas kembali dari Nairobi,” kata Jacobs.

“Saya cuba untuk pulih tetapi saya merasai kekurangan tenaga. Saya hilang upaya selama dua hari. Saya hanya berada di katil saya dan tidak mempunyai tenaga untuk bangun.”

Tidak lebih dari satu ratus penonton yang hadir apabila Jacobs membuat penampilan pertama dalam trek di Stadium Centro Sportivo Fontanassa.

Dia memenangi acara saringan tanpa masalah walaupun tetap tidak gembira dengan lariannya dan kemudian memenangi final dengan kelebihan 0.06 saat di hadapan Arthur Cisse dari Ivory Coast dan Jimmy Vicaut dari Perancis di tempat ketiga.

 ?? — Gambar AFP ?? LARIAN BERTENAGA: Jacobs (tengah) bersaing dalam acara pecut 100 meter dalam satu kejohanan di Savona, Liguria.
— Gambar AFP LARIAN BERTENAGA: Jacobs (tengah) bersaing dalam acara pecut 100 meter dalam satu kejohanan di Savona, Liguria.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia