Utusan Borneo (Sabah)

Chelsea berdepan tempoh ‘pembinaan semula’

-

LONDON: Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel menjangkak­an pasukannya akan berdepan satu tempoh ‘pembinaan semula’ berikutan dengan rancangan penjualan kelab.

Chelsea dihalang dari melakukan pembelian baharu atau melanjutka­n kontrak pemain sedia ada di bawah terma ketat lesen sementara kerajaan Britain.

Pemilik kelab, Roman Abramovich, meletakkan kelab dalam pasaran jualan pada awal bulan Mac, beberapa hari sebelum dia dikenakan sekatan oleh kerajaan Britain ekoran penceroboh­an Rusia ke atas Ukraine.

Selepas satu proses bidaan yang agak lama, satu konsortium diketuai oleh pemilik bersama kelab basebol LA Dodgers, Todd Boehly, memenangi saingan untuk membeli kelab Stamford Bridge itu dalam perjanjian bernilai 4.25 bilion pound.

Bagaimanap­un, kerajaan masih belum meluluskan satu lesen untuk memuktamad­kan jualan – langkah terakhir proses pembelian – ekoran kebimbanga­n mengenai pertalian Abramovich dengan presiden Rusia, Vladimir Putin.

Chelsea akan kehilangan Antonio Rudiger yang berpindah ke Real Madrid dan Christense­n ke Barcelona tanpa yuran perpindaha­n pada akhir musim ini dan tiada kepastian siapa yang akan menggantik­an tempat mereka di Stamford Bridge.

Chelsea ketika ini berada di tangga ketiga liga menjelang perlawanan kedua terakhir menentang Leicester tetapi ketinggala­n 19 mata di belakang Liverpool di tangga kedua dan 20 mata di belakang pendahulu liga, Manchester City.

“Anda mungkin bertanya banyak kali jika kami mempunyai penangguha­n dalam rancangan mencari pemain dan sebagainya, sudah tentu ia satu penangguha­n besar,” kata Tuchel.

“Kami terjejas dengan semua ini, pemain akan pergi. Kami akan membina semula, bukan menaik taraf skuad. Ini sentiasa satu cabaran tetapi kami bersedia dengan cabaran.”

Jurulatih dari Jerman, yang menyaksika­n pasukannya tewas dua kali menerusi penentuan sepakan penalti kepada Liverpool di final Piala Liga Inggeris dan Piala FA Inggeris, menambah: “Saya tidak tahu kedudukan kami dari hari pertama (sekatan ke atas kelab).

“Apa yang boleh saya janjikan ialah saya akan berada di sini – jika saya boleh berjanji. Saya akan berada di s ini dengan penuh semangat positif.

“Ia pastinya sangat mencabar untuk mengharung­i kekurangan, apatah lagi dengan situasi dua pasukan di atas, City dan Liverpool, yang sudah menaik taraf skuad mereka.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia