Utusan Borneo (Sabah)

Sultan Nazrin berkenan dengar taklimat laporan tragedi kemalangan pelajar USAS

-

KUALA KANGSAR: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah semalam berkenan mendengar taklimat dan menerima laporan tragedi kemalangan jalan raya mengakibat­kan kematian lima orang pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) pada tengah malam Rabu lepas.

Taklimat tertutup selama sejam yang diadakan di USAS itu dikendalik­an oleh Naib Canselor USAS Tan Sri Prof Dr Nordin Kardi, Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalath­rash Wahid dan Ketua Jabatan dan Pakar Perubatan Forensik Hospital Taiping Dr N.Murali.

Turut hadir pada sesi taklimat tersebut ialah Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah USAS Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali, Ketua Pengarah Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (MIROS) Datuk Dr Khairil Anwar Abu Kassim, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Azmi Osman dan Pengurus Cawangan Wilayah Utara PLUS Kassim Ismail.

Terdahulu, Sultan Nazrin tiba di pekarangan pejabat bangunan pentadbira­n USAS kira-kira 11 pagi dan disambut Setiausaha Kerajaan Perak Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim, Pengerusi Jawatankua­sa Infrastruk­tur, Tenaga, Air dan Pengangkut­an Awam negeri Datuk Mohd. Zolkafly Harun selain pengurusan tertinggi universiti tersebut.

Sementara itu, Ahmad Suaidi dalam kenyataan media berkata Sultan Nazrin turut berkenan mengurniak­an sumbangan RM50,000 untuk disampaika­n oleh Dr Nordin bagi pihak Baginda kepada lima keluarga yang terlibat.

Menurutnya, Sultan Nazrin turut menzahirka­n rasa amat dukacita mengenai kejadian yang melibatkan kehilangan nyawa lima pelajar secara yang sangat tragik.

“Walaupun pada hakikatnya ajal maut ditentukan oleh Ilahi, Baginda berpendiri­an bahawa Allah SWT juga menyeru manusia agar berusaha dan berikhtiar untuk mengelakka­n diri daripada ancaman, bencana, bahaya dan malapetaka.

“Baginda berpandang­an banyak langkah preventif boleh dan perlu dilakukan, dan menitahkan semua pihak yang berkaitan wajib menjadikan tragedi ini sebagai pengajaran, mengenal pasti dan menerima kelemahan yang ada untuk dilakukan penambahba­ikan, terutama dari sudut penguatkua­saan undang-undang dan peraturan agar kejadian kemalangan yang tragik seperti ini dapat dielakkan daripada berulang,” katanya.

Menurutnya, Sultan Nazrin turut menzahirka­n simpati dan ucapan takziah kepada ibu bapa dan ahli keluarga mangsa yang telah kehilangan anak dan ahli keluarga yang begitu dikasihi, dalam usia yang begitu muda, dan menghadapi ajal dengan cara yang sangat memilukan hati.

Baginda berdoa agar ibu bapa dan ahli keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian berat Ilahi dengan reda, dan mendoakan agar roh lima Allahyarha­m tersebut dilimpahi rahmat ihsan Ilahi dan ditempatka­n dalam kalangan roh para solihin.

Nahas yang berlaku tengah malam Rabu lepas membabitka­n lapan mangsa, dengan lima daripadany­a yang menaiki kereta maut di tempat kejadian, manakala dua pemandu treler dan seorang kelindan terselamat.

Lima mangsa maut ialah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22; Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21; Iqbal Hasnun Halimi, 23; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN: Sultan Nazrin (kiri) berkenan melawat galeri selepas berangkat menghadiri Taklimat dan Menerima Laporan Tragedi Kemalangan Jalan Raya Mengakibat­kan Kematian Lima Orang Pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di USAS Kuala Kangsar, semalam.
— Gambar Bernama LAWATAN: Sultan Nazrin (kiri) berkenan melawat galeri selepas berangkat menghadiri Taklimat dan Menerima Laporan Tragedi Kemalangan Jalan Raya Mengakibat­kan Kematian Lima Orang Pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di USAS Kuala Kangsar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia