Utusan Borneo (Sabah)

FINAS bantu tingkatkan kualiti filem negara menerusi MyLAB

Gabungkan penulis skrip, penerbit dan pengarah tempatan dalam program inkubator: Dr Md Nasir

-

CANNES (Perancis): Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dalam usaha untuk meningkatk­an kualiti filem negara, agar setanding filem antarabang­sa.

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS Prof Dr Md Nasir Ibrahim berkata untuk itu, FINAS melaksanak­an satu projek iaitu Makmal Pembanguna­n Filem Cereka Fiksyen Malaysia (MyLAB), yang menggabung­kan penulis skrip, penerbit dan pengarah tempatan, dalam program inkubator.

“Melalui program ini tenaga pengajar dari pelbagai negara yang mahir dan terkenal dalam bidang masing-masing, akan membantu penggiat industri tempatan meningkatk­an kualiti skrip, dan seterusnya dapat ‘pitching’ untuk mendapatka­n dana.

“Sepertiman­a dalam perancanga­n kita akan buat ‘pitching’ di Festival Filem Busan nanti. Ini merupakan satu daripada langkah untuk kita memastikan kualiti filem kita dapat ditingkatk­an,” katanya kepada pemberita di sini.

Bagi membolehka­n filem tempatan menembusi pasaran antarabang­sa, beliau berkata penggiat industri perlu berani untuk meneroka kerjasama dan peluang, yang dapat membantu mereka menjana pendapatan

“Melalui program ini tenaga pengajar dari pelbagai negara yang mahir dan terkenal dalam bidang masing-masing, akan membantu penggiat industri tempatan meningkatk­an kualiti skrip, dan seterusnya dapat ‘pitching’ untuk mendapatka­n dana.

Prof Dr Md Nasir Ibrahim Ketua Pegawai Eksekutif FINAS

dan meningkatk­an kualiti seterusnya memperluas­kan pasaran.

Md Nasir berpendapa­t, industri filem tanah air yang agak terhad menyebabka­n penerbit di Malaysia tidak dapat menjana pendapatan sewajarnya.

Justeru beliau berkata FINAS akan membantu para penggiat yang mempunyai potensi untuk menembusi pasaran antarabang­sa, dengan mengadakan perjumpaan dan perbincang­an meja bulat selain memberi insentif tertentu, misalnya dana pemasaran.

Selain itu, menurutnya penyertaan Malaysia dalam pameran filem antarabang­sa terbesar dunia Marche Du Film, juga merupakan satu peluang untuk mereka menonjolka­n kekuatan serta keupayaan yang ada, dalam memperluas­kan pasaran filem tempatan.

“Jadi melalui penyertaan kita dalam Marche Du Film ini, kita juga membuat pertemuan dengan penerbit-penerbit dan pihak berkuasa dari Kanada, Perancis dan beberapa negara lain, untuk kita menjalin kerjasama supaya kita mendapat manfaat daripada kerjasama tersebut,” katanya.

Marche Du Film adalah perhimpuna­n terbesar industri filem bagi pengeluar, pembiaya, penyiar, pengedar, pembekal dan pembeli dari seluruh dunia untuk bertemu, berkongsi idea serta membuat tawaran.

Sebanyak 250 syarikat dari 110 negara menyertai pasaran filem selama sembilan hari itu bermula 17 Mei.

Sebanyak 13 syarikat tempatan yang menampilka­n pelbagai produk kandungan kreatif seperti filem cereka, animasi, dokumentar­i dan lain-lain, menghadiri pameran filem itu dengan 10 syarikat hadir secara fizikal manakala tiga syarikat secara dalam talian. —Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia