Utusan Borneo (Sabah)

Pengumuman pertukaran empat kali setahun legakan ramai guru

-

KUALA LUMPUR: Penyusunan semula proses pertukaran guru melibatkan empat kali pertukaran setahun seperti yang diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin baru-baru ini, memberi peluang lebih baik kepada golongan pendidik untuk bertukar tempat bertugas.

Jika sebelum ini, pertukaran hanya dibuat dua kali setahun, namun kini golongan pendidik boleh tersenyum lebar kerana menerusi pengumuman tersebut pertukaran guru akan dibuat pada setiap Mac, Jun, September dan Disember. Bagi seorang guru yang hanya ingin dikenali sebagai Ahmad, dia masih menaruh harapan untuk bertukar ke negeri kelahirann­ya di Kelantan walaupun permohonan pertukaran sudah dikemukaka­n kepada pihak Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) sejak 12 tahun lepas.

“Sehingga kini hasrat saya masih tidak kesampaian dan lebih menyedihka­n permohonan pertukaran saya supaya lebih dekat dengan ibu bapa yang mengidap penyakit kronik tidak diluluskan sehingga kedua-duanya meninggal dunia dua tahun lepas,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Menurut Ahmad, isterinya turut berhadapan masalah sama apabila permohonan pertukaran­nya untuk tinggal dekat dengan ibunya yang lumpuh dan ayahnya yang menghidap penyakit kronik di Kelantan juga masih belum diluluskan.

Seorang lagi guru di Melaka yang hanya ingin dikenali sebagai Sue berkata beliau berharap dapat ditukarkan ke negeri kelahirann­ya di pantai timur sejak 16 tahun lepas, selepas suaminya meninggal dunia, namun sehingga kini hasratnya itu belum tercapai. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia