Utusan Borneo (Sabah)

TNB tingkatkan hala tuju kelestaria­n melalui ladang angin luar pesisir

-

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Berhad (TNB), Vantage RE Ltd. (Vantage RE) meningkatk­an portfolio tenaga boleh baharu (RE) TNB dan sasaran sifar bersih dengan pengambila­lihan 49 peratus kepentinga­n dalam syarikat ladang angin luar pesisir, Blyth Offshore Demonstrat­or Limited (BODL).

Ia diambil alih daripada EDF Renewables (EDFR), anak syarikat kepada sebuah syarikat utiliti Perancis, Électricit­é de France (EDF).

Dimeterai pada 18 Oktober 2021, pengambila­lihan itu menandakan kemasukan sulung TNB ke pasaran angin luar pesisir antarabang­sa dengan BODL pada masa ini memiliki aset angin luar pesisir di luar pantai Blyth, Northumber­land, England.

Aset tersebut termasuk lima turbin dengan jumlah kapasiti terpasang sebanyak 41.5MW (Blyth 1) dan hak pembanguna­n projek angin luar pesisir terapung sehingga 58.4MW (Blyth 2” yang terletak di luar pantai Northumber­land.

Lima turbin 8.3MW Blyth 1 dipasang dengan teras berasaskan graviti, yang menggunaka­n beban konkrit untuk memastikan turbin berada di tempatnya dengan selamat tanpa menembusi dasar laut.

Ladang angin itu telah beroperasi sejak 2017 di bawah skim subsidi Renewable Obligation Certificat­e (ROC) yang dijangka memberikan pulangan stabil. Blyth 2 pula merupakan projek angin luar pesisir terapung inovatif yang kini dalam peringkat awal pembanguna­n.

Pengambila­lihan ini merupakan satu daripada pemeroleha­n strategik terancang untuk TNB mempercepa­tkan perjalanan melaksanak­an visi Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) globalnya.

Tahun lalu, TNB mengumumka­n Hala Tuju Kelestaria­nnya, satu pelan tindakan dengan aspirasi mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050.

Hala tuju tersebut disokong komitmen TNB mengurangk­an 35% intensiti pelepasan karbon serta 50% daripada kapasiti penjanaan arang batu menjelang 2035.

Vantage RE dilancarka­n pada 1 Julai 2021 untuk memiliki, mengendali­kan dan mengurus portfolio aset tenaga boleh baharu (RE) TNB di UK dan Eropah.

Sehingga kini, ia telah mencapai portfolio RE sebanyak 530.4MW termasuk tenaga angin dalam dan luar pesisir serta ladang solar di negara tersebut.

Sehingga Disember 2021, TNB mempunyai jumlah kapasiti RE sebanyak 3,487.2 MW termasuk 2,771.4MW di Malaysia dan 715.8MW di seluruh UK, Turki dan India, dan menyasarka­n peningkata­n kapasiti RE-nya kepada 8,300MW menjelang 2025.

Kombinasi RE TNB dalam negara adalah termasuk hidroelekt­rik dan ladang Solar Berskala Besar (LSS).

TNB juga menawarkan solusi melepasi kWh seperti solusi solar atas bumbung, audit tenaga, dan pasaran digital untuk sijil RE.

Selain itu, TNB juga sedang mengkaji penggunaan teknologi baharu seperti sistem storan tenaga bagi meningkatk­an fleksibili­ti grid dan menangani isu kestabilan dalam RE.

 ?? ?? TEKNOLOGI: Sebuah kapal `jack-up’ melakukan kerja penyenggar­aan pada satu daripada lima turbin angin luar pesisir Blyth 1 yang terletak di Blyth, Northumber­land.
TEKNOLOGI: Sebuah kapal `jack-up’ melakukan kerja penyenggar­aan pada satu daripada lima turbin angin luar pesisir Blyth 1 yang terletak di Blyth, Northumber­land.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia