Utusan Borneo (Sabah)

Orang ramai bersihkan sisa tumpahan simen, batu kelikir

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Pengguna jalan raya sekitar Luyang mengambil inisiatif membersihk­an sisa batu kelikir dan simen yang tertumpah di atas jalan raya di sini, kelmarin.

Beberapa hari lalu, berhampira­n laluan lampu isyarat Taman Foh Sang Luyang ke arah Bukit Padang, sejumlah sisa batu kelikir dan simen telah tumpah dari lori pembacuh simen di atas jalan raya dan dikhuatiri boleh menyebabka­n kemalangan.

Seorang pengadu, Walter Ho, menjelaska­n dia sudah mengutarak­an perkara itu kepada pihak berkaitan dengan harapan sisa berkenaan dapat dibersihka­n segera, tetapi penantian sehingga dua hari itu tidak dihiraukan.

“Sisa yang tumpah itu bertaburan di atas jalan raya dan amat berbahaya kepada pengguna terutamany­a motosikal.

“Ia boleh menyebabka­n kemalangan kepada pengguna jalan,” katanya.

Dalam satu kenyataan oleh Naib Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Sim Fui, beliau menjelaska­n perkara itu telah diselesaik­an kelmarin oleh Ketua Pemuda LDP Bahagian Api-Api, Joel Lee bersama-sama dengan orang ramai di kawasan tersebut.

Sim Fui yang juga Pengerusi LDP Bahagian Api-Api berkata, walaupun dalam keadaan kesesakan lalu lintas, orang ramai sanggup membantu untuk menyelesai­kan masalah ini demi kepentinga­n bersama.

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat, kami melaksanak­an perkara ini secara proaktif, janganlah menunggu sebarang kemalangan berlaku baru mahu mencari penyelesai­an, kita perlu bersikap proaktif,” katanya.

Beliau berharap kerajaan khususnya pihak berkaitan untuk sentiasa peka dan prihatin dengan kebajikan rakyat secara keseluruha­n. Perkara seumpamany­a sudah pasti menjejaska­n kehidupan pengguna sekiranya berlaku insiden tidak diingin.

 ?? ?? KERJASAMA: Orang ramai bersama-sama membersihk­an tumpahan simen, batu kelikir yang membahayak­an pengguna jalan raya.
KERJASAMA: Orang ramai bersama-sama membersihk­an tumpahan simen, batu kelikir yang membahayak­an pengguna jalan raya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia