Utusan Borneo (Sabah)

Zah Mohamad dipilih Tokoh Guru Terengganu 2022

-

KUALA NERUS: Sentiasa ikhlas, menasihati pelajar umpama seorang ibu dan mengutamak­an kerja berpasukan antara prinsip diamalkan penerima Anugerah Tokoh Guru peringkat negeri Terengganu 2022, Zah Mohamad.

Mesra disapa Cikgu Zah, beliau yang bersara daripada bidang perguruan dengan jawatan terakhir sebagai pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin di sini, pada 1 Februari 2019 berkata pengiktira­fan itu adalah kenangan paling manis dalam hidupnya sepanjang bergelar seorang guru.

“Saya akan meraikan pengiktira­fan ini bersama warga SMK Padang Midin dan berharap anugerah ini akan menjadi motivasi kepada semua guru untuk terus berkhidmat dengan penuh cemerlang agar dapat melahirkan insan berilmu serta berjaya untuk agama, bangsa dan negara.

“Walaupun sudah bersara, saya masih aktif dalam pelbagai aktiviti kemasyarak­atan dan kini sedang menulis sebuah buku berkaitan aspek pengurusan dan pentadbira­n dalam bidang pendidikan supaya bermanfaat kepada sesiapa sahaja,” katanya yang berusia 63 tahun.

Beliau ditemui selepas menerima anugerah yang disampaika­n Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada majlis sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu 2022 di sini semalam yang turut dihadiri lebih 500 guru di negeri ini.

Cikgu Zah yang berkhidmat di lima sekolah dalam tempoh 35 tahun perkhidmat­an membawa pulang wang tunai RM5,000, selempang, pingat, persalinan songket dan telekung, jam tangan, tudung, plak dan sijil penghargaa­n. Ibu kepada empat anak itu memulakan tugasnya pada 1984 di SMK Agama Tok Jiring setelah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Melayu dan Pengajian Islam di Universiti Malaya pada 1982 dan diploma pendidikan pada 1983.

Pada majlis itu, bekas Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu Datuk Mohd Zubir Embong turut dipilih sebagai penerima anugerah Tokoh Kepimpinan sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, plak dan sijil penghargaa­n. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENERIMA ANUGERAH: Ahmad Samsuri (empat kanan) bergambar bersama penerima-penerima Anugerah Tokoh Guru Negeri Terengganu dan Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan pada Sambutan Guru Peringkat Negeri Terengganu ke-51 di Kuala Nerus, semalam.
— Gambar Bernama PENERIMA ANUGERAH: Ahmad Samsuri (empat kanan) bergambar bersama penerima-penerima Anugerah Tokoh Guru Negeri Terengganu dan Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan pada Sambutan Guru Peringkat Negeri Terengganu ke-51 di Kuala Nerus, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia