Utusan Borneo (Sabah)

PERKESO lancar program Ops Cegah

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) buat julung kalinya melancarka­n program Ops Cegah dengan pendekatan lebih mesra bagi meningkatk­an kesedaran majikan dan pekerja untuk mengamalka­n budaya pencegahan kemalangan pekerjaan.

Bertemakan ‘Kebersamaa­n Menangani Kemalangan Pekerja’, program ini akan dilaksanak­an bermula 17 Mei hingga 31 Mei tahun ini dan melibatkan kesemua 54 pejabat PERKESO di seluruh negara termasuk ibu pejabatnya.

Ketua Eksekutifn­ya Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, inisiatif ini dilaksanak­an seiring dengan matlamat organisasi untuk memperkasa­kan lagi usaha ke arah mengurangk­an kadar kemalangan dalam kalangan pekerja di Malaysia.

“Namun, saya percaya usaha ini pastinya tidak akan tercapai tanpa kerjasama yang erat dan sokongan kuat daripada semua rakan strategik PERKESO dalam Ops Cegah 2022 ini.

“Mereka adalah daripada Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan juga Persekutua­n Majikan-Majikan Malaysia (MEF),” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas beliau lagi, berbeza dengan program yang lain, modus operandi Ops Cegah dilaksanak­an dengan mengadakan lawatan ke premis majikan untuk bertemu dengan pengurusan tertinggi perusahaan.

“Berdasarka­n rekod PERKESO, majikan-majikan tersebut telah dikenal pasti sebagai organisasi yang merekodkan kemalangan tertinggi berdasarka­n senarai Top 100 di seluruh negara dan Top 20 di kawasan mereka beroperasi, pada tahun 2021.

“Menurut data PERKESO, sektor pembuatan, perkhidmat­an dan pertanian menyumbang kepada kadar tertinggi kes kemalangan pekerjaan, termasuk sewaktu berulang-alik ke tempat kerja,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Program Ops Cegah ini juga adalah selari dengan matlamat Vision Zero yang digagaskan oleh Internatio­nal Social Security Associatio­n (ISSA) pada tahun 2017.

“Inisiatif antarabang­sa yang bermatlama­t untuk membentuk budaya pencegahan ini adalah bersandark­an kepada prinsip semua kemalangan boleh dicegah dan setiap organisasi perlu mengambil langkah-langkah yang perlu ke arah mencapai sasaran sifar kemalangan di tempat kerja termasuk penyakit berkaitan pekerjaan.

“Untuk makluman, PERKESO sendiri adalah rakan kongsi strategik matlamat Vision Zero ini,” jelas beliau.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman sesawang Perkeso di www.perkeso. gov.my atau hubungi nombor Careline Perkeso di talian 1-300-22-8000 atau e-mel ke perkeso@perkeso.gov.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia