Utusan Borneo (Sabah)

20 golongan asnaf terima sumbangan kotak makanan

- Oleh Kenneddy Corlleus

BEAUFORT: Kira-kira 20 penduduk di Kampung Bintuka, dekat sini, menerima sumbangan kotak makanan syarikat swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai usaha meringanka­n beban mereka.

Para penerima terdiri daripada golongan orang kelainan upaya (OKU), ibu tunggal dan warga emas yang masing-masing menerima barang keperluan harian.

Kotak makanan itu disumbangk­an MTT Shipping Sdn Bhd dengan kerjasama Pertubuhan Food Aid Sabah serta Persatuan Kebajikan San Chuan Beaufort Sabah kepada penduduk yang diwakili Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n dan Keselamata­n Kampung (JPKK) Kg

Bintuka, Hassan Pail.

Hassan yang mewakili penerima merakamkan terima kasih kepada penyumbang atas bantuan itu kepada penduduk memerlukan terutama golongan sasar.

Katanya, ia amat membantu terutama dalam meringanka­n beban mereka terutama sekali dalam aspek perbelanja­an harian yang secara tidak langsung memberikan keceriaan kepada mereka untuk meneruskan kehidupan.

“Terima kasih banyak kepada MTT Shipping Sdn Bhd atas sumbangan yang diberikan dan tidak lupa juga kepada Pertubuhan Food Aid Sabah serta Persatuan Kebajikan San Chuan Beaufort Sabah kerana telah membawa bantuan ini ke kampung ini,” kata Hassan.

Dalam pada itu, Timbalan

Pengerusi Persatuan Kebajikan San Chuan Beaufort Sabah Jacqueline Lau berkata, pihaknya akan meneruskan lagi program itu sekiranya terdapat permintaan seumpama di masa hadapan.

Beliau berharap sumbangan yang diberikan itu meringanka­n beban penerima lebih-lebih lagi golongan memerlukan yang masih terkesan dengan pandemik walaupun sudah memasuki ke fasa endemik, selain mereka yang terjejas akibat kejadian serta musibah banjir.

“Terima kasih kepada JPKK Kg Bintuka kerana memberikan kerjasama baik kepada NGO untuk menghulurk­an bantuan kepada golongan memerlukan. Semoga sumbangan yang diagihkan ini akan meringanka­n beban mereka,” katanya.

 ?? ?? SIMBOLIK: Jacqueline (kiri) menyampaik­an sumbangan secara gimik kepada Hassan (tengah) yang kemudian diagihkan kepada penerima sempena majlis itu.
SIMBOLIK: Jacqueline (kiri) menyampaik­an sumbangan secara gimik kepada Hassan (tengah) yang kemudian diagihkan kepada penerima sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia