Utusan Borneo (Sabah)

Warga KTEKK prihatin, program derma darah berjaya

-

KOTA KINABALU: Unit Hal Ehwal Murid (HEM) dan Unit Kesihatan KTEKK telah mengadakan program menderma darah di Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu baru-baru ini.

Program yang mendapat kerjasama Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE 2) Kota Kinabalu ini merupakan program tahunan KTEKK bagi memenuhi salah satu tanggungja­wab sosial, iaitu membantu pesakit memerlukan darah khususnya di daerah ini.

Penyelaras program, Amanda Wong, yang ditemui berkata program itu bukan sekadar kempen menderma darah semata-mata, tetapi juga mendidik warga KTEKK tentang nilai-nilai kemanusiaa­n.

“Program seumpama ini menjadi medan terbaik memupuk kesedaran dalam kalangan warga KTEKK khususnya pelajar tentang penting nilai-nilai kemanusiaa­n dalam diri.

“Dari segi fizikalnya, kita memang melihat ia program menderma darah, tapi secara tidak langsung kita sebenarnya sedang mendidik pelajar kita agar sentiasa prihatin dengan membantu mereka dalam kesusahan,” katanya.

Penolong Kanan HEM KTEKK, Zainuddin Mohd

Yusoff, berkata KTEKK sentiasa proaktif untuk menganjurk­an program seumpama itu pada masa akan datang.

Menurutnya, KTEKK sebagai sebuah kolej Tingkatan Enam perlu memainkan peranan mendidik pelajar menerusi program sosial yang bermanfaat kepada masyarakat.

“Kami sebagai sebuah kolej

Tingkatan Enam melihat aktiviti khidmat masyarakat seumpama ini perlu dipergiatk­an.

“Akademik penting sebagai persediaan mereka ke institusi pengajian tinggi, tetapi penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar perlu seiring.

“Kecemerlan­gan dalam akademik, kemahiran yang tinggi, dan ketinggian penghayata­n nilai-nilai kemanusiaa­n akan menjadikan pelajar ini manusia berkualiti suatu hari nanti,” katanya.

Seramai 176 orang yang terdiri daripada pelajar, guru dan anggota kumpulan pelaksana secara sukarela mengambil bahagian.

Setelah melalui saringan kesihatan, seramai 78 orang telah berjaya menderma darah dalam program kali ini.

 ?? ?? TERBAIK: Zainuddin dan Amanda bergambar bersama pelajar KTEKK yang menderma darah pada program itu.
TERBAIK: Zainuddin dan Amanda bergambar bersama pelajar KTEKK yang menderma darah pada program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia