Utusan Borneo (Sabah)

Bakal jemaah haji remaja disaran ambil dos penggalak

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kesihatan (KKM) menyaranka­n semua bakal jemaah haji remaja berumur 12 hingga 18 tahun untuk mengambil dos penggalak vaksin COVID-19 sebagai langkah tambahan sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, syarat yang ditetapkan KKM bagi jemaah haji remaja mengambil dos penggalak COVID-19 ialah sekurang-kurangnya lima bulan selepas menerima dos kedua vaksin dos primer.

“Bagi remaja yang telah lengkap mengambil dos primer dan didapati mengalami jangkitan COVID-19 mereka layak menerima dos penggalak sebaik sahaja pulih sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Khairy berkata memandangk­an jemaah haji juga perlu mengambil suntikan vaksin lain seperti meningococ­cal, influenza atau pneumococc­al, pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 itu boleh diberikan dalam sela masa dua minggu sebelum dan selepas vaksin lain diberikan.

Katanya, jemaah haji boleh mendapatka­n dos penggalak dengan hadir secara terus tanpa janji temu (walk-in) di pusat pemberian vaksin (PPV) yang masih beroperasi dengan membawa dokumen sokongan berkaitan seperti bukti surat tawaran menunaikan haji.

Menurut Khairy, sebelum ini KKM menyaranka­n semua bakal jemaah haji yang berusia 60 tahun dan ke atas serta jemaah berusia 18 hingga 59 tahun yang mempunyai risiko klinikal penyakit teruk untuk mendapatka­n dos penggalak kedua sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Beliau berkata langkah itu bertujuan mengurangk­an risiko jangkitan COVID-19 dalam kalangan jemaah haji semasa berada di Tanah Suci dengan mengambil kira perhimpuna­n yang ramai serta melibatkan jemaah haji seluruh dunia.

Khairy berkata sebagai langkah pencegahan dan kawalan, kerajaan Arab Saudi telah menetapkan bahawa semua jemaah haji perlu mendapatka­n vaksinasi lengkap sebelum berlepas selain turut mengesyork­an pengambila­n dos penggalak bagi mengurangk­an risiko jangkitan COVID-19 terutamany­a di tempat-tempat sesak dan juga di dalam pengangkut­an awam di negara tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia