Utusan Borneo (Sabah)

TDM galak anggota lanjut pengajian ke peringkat lebih tinggi

-

PORT DICKSON: Tentera Darat Malaysia (TDM) menggalakk­an agar lebih ramai anggotanya melanjutka­n pengajian ke peringkat lebih tinggi, kata Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain.

Beliau berkata, dengan syarat minimum kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), TDM sentiasa membuka peluang kepada warganya meningkatk­an taraf pendidikan demi masa depan mereka.

“Anggota TDM yang masuk dengan kelulusan SPM dan berhasrat untuk melanjutka­n pelajaran ke peringkat diploma serta ijazah sarjana muda, mereka boleh menyambung pelajaran secara sepenuh masa atau pendidikan jarak jauh (PJJ) di institut pengajian tinggi di negara ini.

“Kita tidak mahu anakanak muda ini ketinggala­n dan TDM akan membantu mereka meningkatk­an pendidikan serta kemahiran masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda TDM Lelaki Siri 194/21 dan Wanita Siri 47/21 di sini, semalam.

Dalam pada itu beliau berkata, sebahagian perajurit muda kali ini memiliki sijil diploma dan ijazah dan TDM akan memastikan mereka diletakkan dalam kor bersesuaia­n bagi meningkatk­an kemahiran masing-masing.

Katanya sebagai contoh, anggota yang mempunyai sijil diploma kejurutera­an akan dipastikan berada dalam Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja.

Selain itu Zamrose berkata, TDM menerima ribuan permohonan setiap tahun, sekali gus menunjukka­n masih ramai warga tempatan berminat memilih tentera sebagai kerjaya.

Dalam majlis semalam seramai 2,234 anggota TDM lelaki dan 263 anggota wanita menamatkan latihan asas ketenteraa­n selepas menjalani latihan selama enam bulan bermula pada 26 November tahun lepas.

Buat pertama kali selepas dua tahun tanpa kehadiran pengunjung akibat pandemik COVID-19, perbarisan tamat latihan pada tahun ini dimeriahka­n dengan kehadiran hampir 6,000 pengunjung terdiri daripada ahli keluarga anggota dan orang awam.

Anugerah Perajurit Muda Keseluruha­n Terbaik dirangkul Mohamad Nor Farhan Mahzal, 22, dari Segamat, Johor manakala Perajurit Muda Akademik Terbaik dianugerah­kan kepada Nelson Ovinver Jemis, 22, dari Ranau, Sabah.

Edison, 20, dari Keningau, Sabah menerima anugerah Perajurit Muda Kecergasan Jasmani Terbaik dan Perajurit Muda Kawad Terbaik menjadi milik Aiman Ruzzaini Romzi, 20, dari Alor Setar, Kedah.

Perajurit Muda Ketenteraa­n Terbaik pula diraih Muhamad Aminur Rasyid Mat Radzi, 25, dari Ipoh, Perak.

Sementara itu bagi anggota wanita, Anugerah Perajurit Muda Wanita Terbaik dianugerah­kan kepada Syafiqah Liyana Mohd Noor, 22, dari Kuala Nerus, Terengganu manakala Perajurit Muda Kecergasan Jasmani Terbaik diraih Nur Nazwa Herman, 22, dari Tawau, Sabah.

Nur Farah Huda Azman, 24, dari Ipoh, Perak pula merangkul anugerah Perajurit Muda Akademik Terbaik.

 ?? — Gambar Bernama ?? PERBARISAN: Para perajurit muda melakukan lintas hormat pada acara Perbarisan Tamat Perajurit Muda Lelaki Siri 194/21 dan Wanita Siri 47/21 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson semalam.
— Gambar Bernama PERBARISAN: Para perajurit muda melakukan lintas hormat pada acara Perbarisan Tamat Perajurit Muda Lelaki Siri 194/21 dan Wanita Siri 47/21 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson semalam.
 ?? ??
 ?? — Gambar Bernama ?? TAHNIAH: Zamrose (kanan) menyampaik­an piala kepada perajurit muda Keseluruha­n Terbaik Mohamad Nor Farhan Mahzal pada acara Perbarisan Tamat Perajurit Muda Lelaki Siri 194/21 dan Wanita Siri 47/21 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson semalam.
— Gambar Bernama TAHNIAH: Zamrose (kanan) menyampaik­an piala kepada perajurit muda Keseluruha­n Terbaik Mohamad Nor Farhan Mahzal pada acara Perbarisan Tamat Perajurit Muda Lelaki Siri 194/21 dan Wanita Siri 47/21 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? PAKAIANSER­AGAM: J Diveenesh, 9, (tengah) yang mengenakan pakaian lengkap Tentera Darat Diraja Malaysia (TDM) bergambar bersama anggota TDM pada acara Perbarisan Tamat Perajurit Muda Lelaki Siri 194/21 dan Wanita Siri 47/21 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson semalam.
— Gambar Bernama PAKAIANSER­AGAM: J Diveenesh, 9, (tengah) yang mengenakan pakaian lengkap Tentera Darat Diraja Malaysia (TDM) bergambar bersama anggota TDM pada acara Perbarisan Tamat Perajurit Muda Lelaki Siri 194/21 dan Wanita Siri 47/21 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson semalam.
 ?? Gambar Bernama ?? TERIMALAH: Zamrose (kanan) menyampaik­an piala kepada perajurit muda Wanita Terbaik Nur Syafiqah Liyana Mohd Noor pada Perbarisan Tamat Perajurit Muda Lelaki Siri 194/21 dan Wanita Siri 47/21 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson semalam.—
Gambar Bernama TERIMALAH: Zamrose (kanan) menyampaik­an piala kepada perajurit muda Wanita Terbaik Nur Syafiqah Liyana Mohd Noor pada Perbarisan Tamat Perajurit Muda Lelaki Siri 194/21 dan Wanita Siri 47/21 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson semalam.—

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia