Utusan Borneo (Sabah)

F1: Mercedes tamatkan sesi latihan di tempat kedua dan ketiga

-

BARCELONA: Lewis Hamilton tersenyum lebar selepas dia dan rakan sepasukan Mercedes, George Russell menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan ketiga di belakang Ferrari Charles Leclerc dalam latihan di Grand Prix Sepanyol.

Juara tujuh kali, yang ketiga terpantas, segera mengucapka­n terima kasih kepada semua kakitangan di kilang Mercedes di Britain atas komitmen mereka untuk memperbaik­i kereta mereka dan menghidupk­an semula cabaran mereka tahun ini.

“Positif – sangat gembira dengan kemajuan,” jawabnya ketika ditanya bagaimana perasaanny­a. “Terima kasih banyak, banyak kepada semua kakitangan di kilang kerana tidak berputus asa, kerana terus mendorong.

“Kami bukan yang terpantas, tetapi kami dalam perjalanan. Ini ialah kali pertama saya memandu tanpa melantun. Kami masih mengalami sedikit gegaran, tetapi ia sudah baik dan kami mula menerokai potensi kereta kami.

“Sekarang kami hanya cuba menyesuaik­an kereta, dan cuba untuk mengatur posisi kereta. Saya fikir kita boleh memperbaik­inya esok jadi mudah-mudahan kita boleh mengejar pemandupem­andu di hadapan.”

Mercedes membawa pakej naik taraf besar-besaran ke Circuit de Catalunya untuk W13 yang ingin mengurangk­an ‘henjutan’ semasa bergerak lurus dan meningkatk­an kelajuan garis lurus.

Tanpa kemenangan tahun ini, harapan Hamilton untuk merangkul gelaran kelapan sudah lenyap manakala Russell, sungguhpun menamatkan perlumbaan dalam lima teratas dalam kesemua lima perlumbaan, bergelut untuk naik ke podium.

Russell lebih berhati-hati dalam tindak balasnya untuk tamat di tempat kedua dengan prestasi yang lebih baik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia