Utusan Borneo (Sabah)

Tiada insiden gugat keselamata­n Sabah selepas pilihan raya Filipina

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Tiada sebarang insiden yang menggugat tahap keselamata­n di Sabah sebaik berakhirny­a pilihan raya untuk memilih presiden baharu Filipina baru-baru ini.

Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata, perkara itu disebabkan oleh kesiapsiag­aan pasukan keselamata­n negara pada tahap tertinggi sepanjang proses pilihan raya di negara jiran berlangsun­g.

“Proses pilihan raya di negara jiran sudah berakhir dan keselamata­n di Sabah berjalan lancar tanpa ada sebarang insiden yang menimbulka­n keresahan kepada penduduk di negeri ini.

“Pasukan keselamata­n negara juga sentiasa bersiap siaga bagi mengekang sebarang kegiatan jenayah yang boleh mengganggu gugat kedaulatan dan keselamata­n Sabah sepanjang proses terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa selepas Perhimpuna­n Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti (KJPJKK) di sini, kelmarin.

Dalam pada itu Jauteh berkata, tahap keseluruha­n keselamata­n di Sabah dalam keadaan terkawal dan baik tanpa wujudnya masalah sama ada di kawasan darat mahupun lautan.

“Kawalan pasukan keselamata­n Sabah sentiasa ada di lapangan sepenuhnya termasuk di kawasan sempadan yang meliputi keluasan lebih 1,000 lebih kilometer.

“Walaupun mungkin ada berlakunya sedikit elemen penyeludup­an tetapi secara keseluruha­n keselamata­n Sabah adalah terkawal dan terhindar dari kegiatan jenayah rentas sempadan,” katanya.

Beliau juga menyaranka­n kepada semua penduduk maritim agar memberi kerjasama kepada pasukan keselamata­n termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyalurka­n sebarang kegiatan jenayah di kawasan masing-masing seiring slogan PDRM ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.

“Laporkan apa sahaja kejadian yang menimbulka­n syak wasangka serta kegiatan tidak normal di kawasan anda kepada pihak polis bagi membolehka­n tindakan segera dapat dilaksanak­an.

“Kita juga berterima kasih dan menghargai kerjasama serta maklumat yang disalurkan oleh masyarakat selama ini dan saya harapkan kerjasama ini akan berterusan,” katanya.

Sementara itu dalam Majlis Serah Terima Tugas KJPJKK, Senior Asisten Komisioner Mohd Yusuh Mat Tais menyerahka­n jawatan terbabit kepada timbalanny­a Asisten Komisioner Abdul Rahman Kassim sebagai pemangku selepas Mohd Yusuh bersara wajib dari penugasan PDRM.

Mohd Yusuh berkhidmat di dalam PDRM selama 36 tahun sejak memulakan tugas pada 2 Februari 1986 dan mencatatka­n penugasan di enam jabatan dalam PDRM termasuk Cawangan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Jabatan Pengurusan sebagai Timbalan Ketua Polis Kulim, Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam serta JPJKK.

 ?? ?? SERAH: Jauteh menyaksika­n Mohd Yusuh menyerahka­n jawatan KJPJKK kepada Abdul Rahman.
SERAH: Jauteh menyaksika­n Mohd Yusuh menyerahka­n jawatan KJPJKK kepada Abdul Rahman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia