Utusan Borneo (Sabah)

Perayaan landasan kukuhkan silaturahi­m, perpaduan

- Oleh Kenneddy Corlleus

BEAUFORT: Kepelbagai­an perayaan diraikan di negeri ini wajar dijadikan sebagai landasan untuk mengukuhka­n lagi silaturahi­m di antara masyarakat berbilang agama dan bangsa.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Aliasnih berkata, kunci kepada kestabilan di Sabah adalah perpaduan, justeru ianya bukan sahaja perlu dipertahan­kan malah dipertingk­atkan dari semasa ke semasa agar kemakmuran dinikmati hari ini diteruskan oleh generasi akan datang.

“Bersempena dengan sambutan Pesta Kaamatan tahun ini dengan tema ‘Kaamatan Menjiwai Alam Semulajadi’ (Kaamatan Monunduan Do Winorun), rakyat di negeri ini wajar memelihara khazanah yang dimiliki Sabah agar tidak pupus ditelan peredaran zaman.

“Apa yang penting, rakyat seharusnya terus kekal bersatu demi satu matlamat jelas iaitu memelihara keunikan Sabah itu sendiri yang secara tidak langsung menyumbang kepada perpaduan dan juga keharmonia­n secara keseluruha­n,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Beaufort yang diadakan di Dewan Pa Musa, dekat sini pada Sabtu.

Dalam perkembang­an berkaitan, Isnin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias turut mengajak rakyat untuk terus menzahirka­n sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Gabungan Rakyat SabahBaris­an Nasional (GRS-BN) bagi membangunk­an negeri ini.

Katanya, kerajaan negeri GRS-BN telah merangka pelan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang merangkumi pelbagai aspek yang diyakini memberi gambaran jelas untuk membawa Sabah ke tahap yang baik seterusnya memberi manfaat kepada rakyat di negeri ini.

“Yang penting rakyat akan terus yakin dengan kepimpinan kerajaan negeri yang ada pada hari ini untuk membawa kemakmuran serta pembanguna­n,” katanya sambil berharap rakyat akan terus memupuk perpaduan demi kebaikan bersama.

 ?? ?? RASMI: Isnin (dua kiri) melakukan simbolik perasmian sambutan Pesta Kaamatan peringkat Daerah Beaufort bersama tetamu yang lain.
RASMI: Isnin (dua kiri) melakukan simbolik perasmian sambutan Pesta Kaamatan peringkat Daerah Beaufort bersama tetamu yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia