Utusan Borneo (Sabah)

Tiga pusat kebajikan terima sumbangan dari Hibiscus Petroleum

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Sempena dengan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Hibiscus Petroleum Berhad (HPB) baru-baru ini, tiga pusat kebajikan menerima sumbangan khas.

Pengerusi Hibiscus Petroleum Berhad Zainul Rahim Mohd Zain berkata, ketigatiga pusat kebajikan berkenaan adalah Rumah Anak Yatim (RAY) As-Sakinah Kinarut, RAY Darul Bakti Kota Belud serta Persatuan Talasemia Sabah.

Katanya, Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin yang menjadi tetamu kehormat majlis itu menyampaik­an sumbangan kepada wakil-wakil pusat kebajikan berkenaan.

Menurutnya, para wakil menerima sumbangan berupa barang-barang keperluan.

“Sebagai syarikat eksplorasi dan pengeluara­n bebas minyak dan gas pertama di Malaysia, pihak Hibiscus Petroleum komited untuk melaksanak­an perniagaan jangka panjang dan selamat di negara ini selain sentiasa mencari peluang pelaburan baharu dalam industri ini.

“Sehubungan itu, dalam keterujaan dengan potensi perkembang­an perniagaan, kami juga melihat kepada aspek lain terutama dalam menolong komuniti tempatan di mana mereka beroperasi,” katanya ketika berucap pada majlis itu di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, portfolio perniagaan Hibsicus Petroleum sekarang meliputi asset-aset di Malaysia, United Kingdom, Australia, dan Vietnam.

Katanya, antara aset-aset mereka di Malaysia termasukla­h North Sabah PSC, Labuan Crude Oil Terminal, Kinabalu Oil Field dan tiga blok di Semenanjun­g iaitu Blok-Blok PM3-CAA, PM305 dan PM314.

Pihaknya turut menjalin kerjasama untuk melaksanak­an beberapa projek dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM), Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM), dan Jabatan Perikanan Negeri Sabah.

Menurutnya, usaha yang dijalankan itu bagi membantu golongan yang kurang berkemampu­an dari segi kesihatan atau ekonomi.

Turut hadir, isteri Yang Dipertua Negeri Toh Puan Norlidah R.M Jasni dan Ahli Lembaga Pengarah HPB Datuk Dr Zaha Rina Zahari.

Lebih 200 jemputan termasuk ketua-ketua dan wakil-wakil jabatan kerajaan, pegawai-pegawai dari PETRONAS Carigali, wakil badan bukan kerajaan (NGO), pihak pengurusan dan kakitangan HPB hadir di majlis berkenaan.

 ?? ?? SUMBANGAN: Tun Juhar (tengah) menyampaik­an sumbangan daripada Hibiscus Petroleum kepada Francis Mujim (kanan) dari Persatuan Talasemia Sabah. Turut kelihatan Norlidah (dua kiri), Zainul (dua kanan), Zaha Rina (kiri).
SUMBANGAN: Tun Juhar (tengah) menyampaik­an sumbangan daripada Hibiscus Petroleum kepada Francis Mujim (kanan) dari Persatuan Talasemia Sabah. Turut kelihatan Norlidah (dua kiri), Zainul (dua kanan), Zaha Rina (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia