Utusan Borneo (Sabah)

DI KALA ITU MATAHARI SENJA TERBENAM

- KARYA: ROZELINE VITALIS

di ufuk barat. Julie melihat semua dengan penuh sendu dihatinya sambil memetik daun sigup yang berwarna kekuningan itu.Satu-persatu daun sigup dipetiknya dan dimasuk ke dalam karung, ‘Mmmm…dah banyak daun sigup kupetik,’desis hatinya perlahan.Lembayung senja terpamer dengan penuh keindahan di langit biru, togil berbunyi-bunyi menyambut kehadiran senja.’Agh! Dah senja pula, elok aku pulang sebelum malam membuka tirainya,’ desis hatinya sambil menyikut wakid. Petang itu dia terus berjalan-jalan pulang dari kebunnya di Ulu Panui itu, 2 kilometer dari rumah mereka.’Uhu…penatnya berjalan,’ keluh hatinya .Di kejauhan dia melihat kampungnya yang penuh keindahan lembayung senja terpamer di sebalik bukit-bukau dan dalam keremangan senja dia melihat rumah mereka yang usang itu

Rumah mereka beratapkan zink dan berdinding­kan papan tapi di bahagian dapur berdinding­kan bambu dan berlantaik­an bambu juga.Rumah mereka peninggala­n dari nenek moyangnya lagi’Oh! Alangkah daifnya kehidupank­u,’ desis hatinya penuh pilu.

Sesampainy­a di rumahnya, dia melihatnya emaknya sedang membelah kayu api di bawah kolong rumah mereka.

“Hah! Baru sampai Julie,itulah ayah suruh kahwin dengan Malik anak ketua kampung tu tak nak,eh! Julie tak penat ke berkerja,?” ujar ayahnya yang sedang duduk di beranda rumahnya.

“Eh! Abang ni jodoh belum sampai nak buat apa lagi?” sela emaknya pula.

Julie hanya mendengar katakata ayahnya dengan penuh kesedihan di hatinya.Dia masih teringat di hari itu keluarga Malik datang untuk merisiknya untuk ditunangka­n dengan anaknya yang berkerja sebagai polis itu,Namun Julie terpaksa menolak kerana dia mahu meneruskan persekolah­annya walaupun telah gagal peperiksaa­n SPM itu.Aku akan berusaha menggapai cita-citaku,semoga aku tidak kecundang lagi,doanya dengan penuh pengharapa­n.

“Marilah makan malam,” panggil emaknya dari arah arah dapur.

Malam itu mereka makan bersama emak,ayah dan adikadikny­a,mereka makan nasi berlaukkan sayur kangkung bercampur ikan masin.Walau tidak sedap mereka tetap memakannya. Selapas makan malam Julie memilih daun sigup untuk memilih daun sigup yang baik untuk dipotong daunnya untuk jadi sigup.Malam semakin namun larut namun Julie tetap memilih daun sigup yang di alih-alihkan mengikut gred daun sigup itu.Julie menoleh kearah jam dinding telah menujukkan angka jam 12.00 tengah malam. Julie merasakan matanya semakin pendih,’Baik aku pergi tidur besok aku akan memotong sigup ni,’desis hatinya.

Matahari belum bersinar ketika Julie membuka tirai matanya. Dia memandang ke arah jam dinding telah menunjukka­n angka

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia