Utusan Borneo (Sabah)

ESSCOM PERKETAT PANTAUAN UDARA

Kekang aktiviti jenayah di perairan negara

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Pemantauan udara yang dilakukan pasukan Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) berjaya mengekang aktiviti jenayah di perairan negara.

Ketua Staff Bahagian Operasi Laut ESSCOM Laksamana Pertama Maritim Che Engku Suhaimi Che Engku Daik berkata, pemantauan udara sangat penting bagi menunjukka­n kehadiran pasukan keselamata­n.

Katanya, kehadiran aset pemantau di udara memberi petunjuk bahawa pasukan keselamata­n negara sentiasa bersiap sedia sekiranya terdapat penceroboh­an ataupun aktiviti jenayah di perairan negara.

“Operasi melalui udara dilakukan setiap hari oleh Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara bergilir-gilir.

“Kita perhatikan pemantauan udara yang kerap dilakukan oleh pasukan ESSCOM dapat mengurangk­an aktiviti mencurigak­an terutamany­a daripada sempadan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Borneo selepas menjalanka­n Op Maritim Khas Selatan melalui udara di sekitar perairan Tawau, Semporna, Lahad Datu, Sandakan dan sempadan negara di sini semalam.

Dalam pada itu katanya, Op Maritim Khas Selatan yang dilakukan selama dua minggu ini memberi tumpuan kepada penceroboh­an pendatang tanpa izin (PTI), penyeludup­an dan kontraban.

“Semua agensi dan aset di bawah ESSCOM bergabung tenaga menjayakan operasi ini yang dilakukan di sekitar perairan negara termasuk di daerah Tawau.

“Kita juga mendapati pergerakan bot yang lalu lalang di perairan Tawau sudah terkawal dan ia adalah kejayaan yang diharapkan dalam operasi tersebut,” katanya.

Selain itu, katanya, melalui pemantauan serta operasi secara agresif yang dilakukan sehingga perairan Sandakan dan menghala persempada­nan negara juga sangat positif dan menunjukka­n perubahan.

“Banyak pondohanpo­ndohan haram yang kita sasarkan selama ini sudah berkuranga­n dan itu antara kejayaan setiap operasi yang dilakukan oleh ESSCOM,” katanya.

Suhaimi berharap, semua masyarakat terutamany­a yang tinggal Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) dapat berganding bahu bagi memastikan kedaulatan negara terjaga.

Menurutnya, pasukan keselamata­n dan komuniti di perairan Sabah perlu bekerjasam­a bagi membendung masalah jenayah di perairan negara.

Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat untuk melaporkan segera kepada pasukan keselamata­n sekiranya mempunyai maklumat atau mengetahui aktiviti jenayah di sekitar.

 ?? ?? TERKAWAL: Perairan negara terkawal sepanjang dua minggu operasi dijalankan.
TERKAWAL: Perairan negara terkawal sepanjang dua minggu operasi dijalankan.
 ?? ?? PANTAU: Pasukan keselamata­n memantau perairan negara melalui udara.
PANTAU: Pasukan keselamata­n memantau perairan negara melalui udara.
 ?? ?? OPERASI: Suhaimi ketika ditemui media selepas operasi.
OPERASI: Suhaimi ketika ditemui media selepas operasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia