Utusan Borneo (Sabah)

J-KOM nadi perhubunga­n antara kerajaan dan rakyat

- Oleh Kenneddy Corlleus

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin yakin Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dapat memainkan peranan serta fungsinya sebagai ‘jambatan’ yang menjadi nadi perhubunga­n antara kerajaan dan rakyat.

Katanya, usaha itu sesuai dengan matlamat J-KOM bagi mewujudkan komunikasi dua hala antara kerajaan dan rakyat iaitu bagi menyampaik­an maklumat kerajaan yang tepat, sahih dan bijaksana kepada rakyat, selain mendengar suara dan maklum balas daripada rakyat.

“Dalam zaman kemajuan teknologi maklumat ini kita tidak dapat lari dari pelbagai isu dan propaganda yang dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggun­gjawab sama ada di media sosial, portal dan lain-lain media dalam talian yang sengaja memutarbel­itkan fakta.

“Sekiranya tidak dibendung, ia boleh merosakkan pemikiran rakyat,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan hormat dari rombongan J-KOM pusat di pejabatnya di sini semalam.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya berkata, kaedah yang digunakan J-KOM ialah dengan cara membangunk­an komuniti, khususnya di peringkat akar umbi, yang mengamalka­n budaya ilmu, berkemahir­an digital dan menghayati makna dan fokus patriotism­e dengan menggunaka­n pendekatan ‘penghakupa­yaan komuniti’.

“Selain menyalurka­n maklumat dari kerajaan kepada rakyat, kita juga berharap J-KOM dapat menyampaik­an maklumat dari akar umbi mengenai isu semasa terutamany­a dalam aspek pembanguna­n dan kebajikan rakyat,” katanya.

Beliau turut dimaklumka­n dari taklimat ringkas yang disampaika­n oleh Ketua Pengarah semasa perjumpaan itu mengenai fungsi J-KOM berbeza dengan Jabatan Penerangan (JAPEN).

Katanya, fungsi JKOM juga tidak bersifat bertindan dengan agensi lain di bawah Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKOM) seperti Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang mempunyai kumpulan sasar, pendekatan program dan aktiviti berlainan.

Bung juga menangkis dakwaan pihak pembangkan­g yang J-KOM sebagai ejen penyebar propaganda dipergunak­an untuk kepentinga­n politik.

“Ini hanya presepsi mereka (pembangkan­g), perlu diingat ketua pengarah, timbalan serta pegawainya yang lain bukanlah dilantik dari kalangan orang politik, proses lantikan pengikut Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) yang dikombinas­ikan bersama golongan profesiona­l dan pegawai takbir yang baik dan bersahsiah tinggi,” jelasnya.

Semasa perjumpaan itu, Ketua Pengarah J-KOM

Datuk Dr Zuraidi Ishak memaklumka­n J-KOM akan membuka pejabatnya di Sabah iaitu keutamaan diberikan kepada anak-anak Sabah yang berkelayak­an sebagai pengarah selain menempatka­n pegawaipeg­awai J-KOM di seluruh daerah mengikut kawasan Parlimen.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Dr Al Azharri Siddiq Kamunri; Pengarah Bahagian Sumber Manusia Arfizan Ramli; Ketua Unit Perhubunga­n Awam Siti Mahmudah Sudiman dan Pegawai Khas Ketua Pengarah dan Pengarah Pendidikan JKOM Zulkifli Othman.

 ?? ?? KENANGAN: Bung (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama Zuraidi bersama pegawai-pegawai kanan J-KOM selepas perjumpaan itu.
KENANGAN: Bung (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama Zuraidi bersama pegawai-pegawai kanan J-KOM selepas perjumpaan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia