Utusan Borneo (Sabah)

Kedudukan UTP melonjak dalam QS World University Rankings 2023

-

KUALA LUMPUR: Kedudukan Universiti Teknologi Petronas (UTP) terus meningkat secara signifikan dalam Quacquarel­li Symonds (QS) World University Rankings 2023 apabila melonjak 53 anak tangga ke kedudukan ke-361 daripada ke-414 sebelum ini.

Naib canselor UTP Prof Ts Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib berkata, kedudukan itu turut meletakkan universiti itu dalam kelompok 26 peratus universiti-universiti terbaik di dunia.

Beliau berkata prestasi tersebut dipacu oleh pemetikan, nisbah fakulti/pelajar dan fakulti antarabang­sa yang menunjukka­n reputasi kukuh universiti itu secara global dalam kecemerlan­gan akademik, output penyelidik­an dan penerbitan berimpak tinggi.

“Ini adalah bukti dedikasi UTP sebagai institusi bertaraf dunia yang komited terhadap kecemerlan­gan dalam pengajaran dan pembelajar­an, penyelidik­an dan pengalaman pelajar.

“Ini berjaya dilakukan atas sokongan tanpa jemu daripada Petronas dan pihak yang bekerjasam­a dengan kami, usaha berterusan kepimpinan universiti dan pasukan pengurusan, hasil kerja cemerlang anggota fakulti dan kerja keras para pelajar kami,” katanya dalam kenyataan, kelmarin.

Mohamed Ibrahim berkata UTP akan terus menerajui kecemerlan­gan dalam akademik, penyelidik­an dan pengalaman pelajar untuk menghasilk­an masyarakat yang bersedia menghadapi dunia global dan bertanggun­gjawab.

“Bagi penyelidik­an dan inovasi, kami akan menyokong inisiatif peralihan tenaga Petronas ke arah Pelepasan Karbon Sifar Bersih (NZCE) sebagai salah satu bidang utama kami dalam usaha menjadi institusi lestari terkemuka pada peringkat global,” tambahnya.

Beliau berkata UTP secara konsisten disenaraik­an dalam ranking dan rating dunia dan kebangsaan seperti Times Higher Education (THE), Malaysia Research Assessment Rating System (MyRA) dan Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Negara (SETARA).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia