Utusan Borneo (Sabah)

FELDA bentang kertas cadangan bantu tangani krisis makanan: Mustapa

-

TANAH MERAH: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (FELDA) akan membentang­kan kertas cadangan untuk membantu menangani krisis makanan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata langkah tersebut selaras dengan hasrat kerajaan supaya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bersama-sama membantu menangani krisis makanan.

“FELDA sudah mempunyai cadangan, insya-Allah saya akan bentangkan kepada Kabinet mengenai cadangan mereka (FELDA) untuk membantu kerajaan dalam menangani krisis bekalan makanan khususnya dalam aspek menanam tanaman yang diperlukan untuk membuat makanan untuk haiwan ternakan.

“Kertas kerja sudah disediakan, ada beberapa perkara yang diberi tumpuan dalam isu ini,” katanya kepada Bernama selepas Majis Perasmian Mesin Juruwang Automatik (ATM) di FELDA Kemahang 1, di sini semalam.

Sementara itu, Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli berkata Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sedang menjalanka­n kajian tentang modal pembanguna­n tanah FELDA untuk membantu meningkatk­an lagi prestasi agensi itu.

“Kajian ini penting bagi memastikan prestasi FELDA dipertingk­atkan lagi. Skop kajian ini melihat kepada bagaimana peneroka pelbagaika­n pendapatan mereka,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? CANGGIH: Mustapa (dua kiri) menunjukka­n duit yang dikeluarka­n menggunaka­n mesin pengeluara­n wang automatik (ATM) Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) selepas merasmikan mesin ATM gugusan Kemahang di FELDA Kemahang Satu, Tanah Merah, semalam.
— Gambar Bernama CANGGIH: Mustapa (dua kiri) menunjukka­n duit yang dikeluarka­n menggunaka­n mesin pengeluara­n wang automatik (ATM) Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) selepas merasmikan mesin ATM gugusan Kemahang di FELDA Kemahang Satu, Tanah Merah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia