Utusan Borneo (Sabah)

Empat maut, 1 parah kemalangan di NKVE

Kemalangan membabitka­n dua kereta di susur keluar dari arah Subang menghala Kelana Jaya

-

KUALA LUMPUR: Empat termasuk dua wanita maut dan seorang lelaki cedera parah dalam kemalangan membabitka­n dua kereta di susur keluar dari arah Subang menghala Kelana Jaya di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) awal pagi semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, mangsa yang maut dikenali pasti sebagai P. Puvaaneshw­aran, 28; Lai Mun Fai, 28; Eng Siew Hooi, 31 dan Leong Man Yuen, 27 manakala yang parah dikenali sebagai Heng Chan Yee, 28.

“Empat mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi yang parah dibawa ke ” Hospital Sungai Buluh untuk rawatan. Norazam Khamis Pengarah JBPM Selangor

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 4.11 pagi.

Katanya, insiden tersebut membabitka­n kereta Wira Aeroback yang dipandu seorang lelaki dan Wira jenis sedan dinaiki empat orang.

“Empat mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi yang parah dibawa ke Hospital Sungai Buluh untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia