Utusan Borneo (Sabah)

Polis cari saksi kes kemalangan empat maut di NKVE

-

SHAH ALAM: Polis meminta orang awam yang mempunyai maklumat insiden kemalangan yang menyebabka­n empat maut di susur keluar arah Subang menghala Kelana Jaya di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) awal pagi semalam, agar tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata, mereka boleh menghubung­i Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah

Shah Alam Inspektor Muhammad Hanif Sukri di talian 014-8066744.

“Kesemua mayat dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat. Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca dan sebab kematian. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan.

Media pagi semalam melaporkan empat termasuk dua wanita maut manakala seorang lelaki cedera parah dalam kemalangan membabitka­n dua kereta di susur keluar arah Subang menghala Kelana Jaya di Lebuh NKVE, awal pagi semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata bertindak atas panggilan yang terima pada jam 4.11 pagi semalam, pihaknya mengenal pasti mangsa yang maut sebagai P. Puvaaneshw­aran, 28; Lai Mun Fai, 28; Eng Siew Hooi, 31 dan Leong i Man Yuen, 27 manakala mangsa yang parah dikenali sebagai Heng Chan Yee, 28.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia