Utusan Borneo (Sabah)

Roberto tandatanga­ni kontrak lanjutan setahun bersama Barcelona

-

MADRID: Sergi Roberto dari Barcelona telah menandatan­gani kontrak pelanjutan satu tahun, dengan perjanjian baharunya akan tamat pada tahun 2023, menurut pengesahan kelab tersebut pada Jumaat.

“FC Barcelona dan Sergi Roberto telah mencapai persetujua­n untuk melanjutka­n kontraknya sehingga 30 Jun 2023. Klausa pembelian pemain akan ditetapkan pada 400 juta euro,” kata Barcelona dalam satu kenyataan, menggambar­kan pemain berusia 30 tahun itu sebagai “Blaugrana secara luar dan dalam”.

Sergi Roberto dilaporkan telah menerima potongan gaji sebanyak 60 peratus untuk kekal di Barca. Pemain Sepanyol

itu akan memperoleh­i 5 juta euro setahun, tatkala kelab itu terus berusaha untuk mengurangk­an bil gajinya.

Hutang Barcelona mencecah 1.3 bilion euro pada permulaan musim lalu, dengan hampir 390 juta euro berkaitan dengan gaji pemain.

Sergi Roberto masih belum bermain di bawah Xavi Hernandez

di Barca selepas kecederaan hamstring terpaska mengetepik­annya sepanjang majoriti musim lalu.

Selepas muncul melalui pasukan belia di La Masia, Sergi Roberto membuat penampilan pertama pada tahun 2011 pada usia 19 tahun.

Sejak itu, dia telah membuat 316 penampilan untuk kelab dan fleksibili­tinya sangat berharga memandangk­an dia boleh bermain di tengah dan di pertahanan.

“Saya telah berada di kelab ini selama separuh hidup saya dan saya berharap dapat menikmatin­ya lagi dan membawa kegembiraa­n kembali kepada peminat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia