Utusan Borneo (Sabah)

PSG lantik Zidane gantikan Pochettino?

-

PARIS: Juara Perancis Paris Saint-Germain (PSG) hampir mencapai persetujua­n dengan Zinedine Zidane sebagai pengganti Mauricio Pochettino sebagai jurulatih, lapor media Perancis pada Jumaat.

Menurut stesen radio Europe 1, perjanjian telah termeterai antara kelab itu dan Zidane yang berusia 49 tahun agar bekas jurulatih Real Madrid itu menyertai PSG menjelang musim baharu.

Dihubungi oleh AFP, sumber PSG enggan mengesahka­n atau menafikan laporan tersebut.

Kontrak Pochettino berbaki setahun lagi dan selepas mengangkat gelaran Ligue 1 penggal lalu, mereka tersingkir dari Liga Juara-Juara kepada Real Madrid pada 16 akhir.

Pemilik kelab Qatar ini terdesak untuk memenangi pertanding­an utama bola sepak Eropah dan Zidane sebelum ini sudah memberikan gergasi Sepanyol trofi dalam tiga musim berturut-turut antara 2016 dan 2018.

Pemenang Piala Dunia dengan Perancis pada tahun 1998, Zidane juga memenangi Liga Juara-Juara sebagai pemain Real pada tahun 2002.

Sebagai jurulatih, dia bertanggun­gjawab ke atas Madrid selama dua musim, memenangi hatrik Liga JuaraJuara dalam tugas pertamanya serta satu gelaran La Liga, dua Piala Dunia Kelab, dua Piala Super UEFA dan Piala Super Sepanyol.

Dia meninggalk­an Real pada tahun 2018 tetapi dilantik semula pada Mac 2019 dan memenangi satu lagi gelaran La Liga pada tahun 2020 sebelum pergi lagi pada tahun berikutnya.

Terdahulu, PSG mengumumka­n ketibaan Luis Campos sebagai penasihat bola sepak mereka bagi menggantik­an Leonardo.

Jurulatih dari Portugal itu pernah membina pasukan Monaco yang merampas gelaran dari PSG pada 2017 dan mengenali Kylian Mbappe apabila penyerang itu mula muncul.

“Saya gembira dapat menyertai Paris Saint-Germain, yang saya anggap sebagai kelab yang paling bercita-cita tinggi dan menarik dalam bola sepak dunia,” kata Campos dalam satu kenyataan PSG.

Musim divisyen utama Perancis yang baru akan bermula pada hujung minggu pada 6 dan 7 Ogos.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia