Utusan Borneo (Sabah)

Korea Selatan seri 2-2 dengan Paraguay dalam aksi persahabat­an pra-Piala Dunia

-

SUWON: Son Heung-min dari Tottenham Hotspur menjaringk­an gol dalam dua perlawanan berturut-turut, manakala pemain tengah SC Freiburg, Jeong Woo-yeong menjaringk­an gol penyamaan untuk Korea Selatan ketika seri 2-2 dengan Paraguay dalam aksi persahabat­an pra-Piala Dunia terbaharu kelmarin.

Miguel Almiron dari Newcastle United menjaringk­an gol untuk Paraguay, ketika pasukan pelawat Amerika Selatan itu mendahului awal.

Korea Selatan setakat ini berjaya meraih satu kemenangan, satu seri dan satu kekalahan dalam saingan Piala Dunia, dan Selasa depan Mesir akan melawat ke Seoul.

Almiron memanfaatk­an kesilapan Korea Selatan untuk membuka jaringan pada minit ke-23. Pemain pertahanan Jung Seung-hyun memintas bola daripada Almiron, namun ketika Jung menggelece­k, pemain Paraguay itu terus merampas bola di hadapan pemain pertahanan itu lalu menjaringk­an gol dengan tendangan kidal melepasi penjaga gol Jo Hyeon-woo.

Korea Selatan hampir menyamakan kedudukan menjelang penghujung separuh masa pertama, apabila Son mengumpan buat Kim Jin-su namun tandukanny­a terkena palang. Seketika kemudian, cubaan terakhir Na Sang-ho tersasar ke sebelah kanan jaring.

Kemudian Paraguay menggandak­an kedudukan hanya lima minit dalam separuh masa kedua, apabila Almiron sekali lagi menjaringk­an gol sementara barisan pertahanan Korea Selatan bergelut untuk mengukuhka­n kedudukan di kawasan mereka sendiri.

Son mengurangk­an defisit Korea Selatan pada separuh masa dengan menjaringk­an sepakan percuma ke penjuru kiri pada minit ke-66, gol kedua dalam dua perlawanan.

Korea Selatan terus mengasak mencari penyamaan dan akhirnya berjaya pada masa tambahan, apabila Jeong menyempurn­akan lorongan Um Won-sang.

 ?? — Gambar AFP ?? HANGAT: Babak aksi perlawanan persahabat­an pra-Piala Dunia di antara Korea Selatan dan Paraguay di Suwon.
— Gambar AFP HANGAT: Babak aksi perlawanan persahabat­an pra-Piala Dunia di antara Korea Selatan dan Paraguay di Suwon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia