Utusan Borneo (Sabah)

Sambutan Pesta Kaamatan, Aidilfitri IPG Kent meriah

-

TUARAN: Pesta Kaamatan (Moginakan) dan Jamuan Hari Raya Peringkat IPG Kampus Kent Tahun 2022 berlangsun­g meriah barubaru ini.

Meskipun tarikh kejadian berlalu, namun aroma dan nikmat kemeriahan­nya masih terasa sehingga kini.

Ketua Jabatan Bahasa Kadazandus­un(BKD) Linah Bagu @ Nurlinah Abdullah berkata, Pesta Kaamatan (Moginakan) yang bertujuan menzahirka­n rasa syukur atas pelbagai nikmat dianugerah­kan Tuhan digabungka­n dengan Jamuan Hari Raya yang turut menzahirka­n rasa kesyukuran dan kemenangan melawan godaan nafsu makan.

“Pengisian aktiviti Pesta Kaamatan (Moginakan) bermula pada awal bulan Mei 2022 dengan pelbagai aktiviti seperti pemantapan Galeri Bahasa Kadazandus­un, penyiapan mural motif Linangkit di beranda Jabatan Bahasa Kadazandus­un, pertanding­an permainan sukan tradisiona­l seperti mamarampan­au, momolositi­k dan monopuk, pertanding­an Sugandoi, pertanding­an peragaan Pakaian Tradisiona­l sebagai acara kemuncak semasa majlis perasmian,” katanya.

Linah yang juga pengerusi penganjur berkata, tarian Sambut Tamu, Tayangan montaj aktiviti Kaamatan dan Hari Raya, Cabutan Bertuah Duit Raya dan Persembaha­n Kreatif pelajar semester akhir PISMP BKD Ambilan Jun 2018 juga diadakan.

“Lawatan ke Galeri Bahasa Kadazandus­un turut diadakan. Galeri Bahasa Kadazandus­un diwujudkan untuk mempamerka­n elemen-elemen budaya, bahasa, sejarah dan sastera Bahasa Kadazandus­un sesuai dengan status Tier 1 yang diterajui oleh IPGK Kent,” katanya.

Perasmian Pesta Kaamatan (Moginakan) & Jamuan Hari Raya Peringkat IPGK Kent Tahun 2022 disempurna­kan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Jahid Jahim yang juga Ahli Dewan Undnagan Negeri (ADUN) Tamparuli & Naib Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA).

Turut hadir, Pegawai Daerah Tuaran Syahrin Samsir; Pengarah Hospital Daerah Tuaran Datuk Dr. G. Mohan Naidoo dan Timbalan Pengarah IPGK Kent Datin Dr. Rosinah Edinin.

 ?? ?? LANCAR: Gimik pelancaran menuai padi dilakukan oleh Jahid bersama tetamu kehormat yang lain.
LANCAR: Gimik pelancaran menuai padi dilakukan oleh Jahid bersama tetamu kehormat yang lain.
 ?? ?? TEMU RAMAH: Jahid ditemu ramah pemberita selepas merasmikan majlis itu baru-baru ini.
TEMU RAMAH: Jahid ditemu ramah pemberita selepas merasmikan majlis itu baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia