Utusan Borneo (Sabah)

Robert sumbang RM20,000 kepada Pusat Transfusi Darah Hospital Daerah Keningau

- Oleh Kenneddy Corlleus

KENINGAU: Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik menyumbang­kan RM20,000 kepada Pusat Transfusi Darah Hospital Daerah Keningau dalam satu majlis yang diadakan dekat sini semalam.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor berkata, sumbangan itu bertujuan membantu Pusat Transfusi Darah Hospital Daerah Keningau membeli kelengkapa­n termasuk katil untuk kegunaan penderma darah.

Penyampaia­n sumbangan itu diserahkan sendiri oleh Robert kepada Pegawai Perubatan Unit Perubatan Transfusi Hospital Daerah Keningau Dr Phon Kit Yin sejurus selesai merasmikan Kempen Derma Darah Perdana 2.0 sempena Sambutan Hari Derma Darah Sedunia 2022 di Tapak Pasar Malam Keningau di sini.

Robert berharap dengan adanya sumbangan itu, pihak Pusat Transfusi Darah Hospital Daerah dapat menambah lagi bilangan katil untuk kegunaan orang awam yang menderma darah sekali gus meningkatk­an bilangan darah semasa program itu dijalankan.

“Sambutan orang awam terhadap kempen menderma darah di daerah ini amat menggalakk­an sekali. Maka itulah, sumbangan dana ini diberikan untuk menambah katil-katil demi kemudahan yang selesa terutama para penderma darah,” katanya.

Sementara itu, Phon turut mengucapka­n terima kasih kepada Robert atas sumbangan berkenaan yang dianggap amat bermakna sekali kepada masyarakat khususnya para penderma yang sentiasa menyokong program derma darah di daerah ini.

 ?? ?? SOKONG: Robert (dua kiri) menyerahka­n replika cek kepada Phon sambil disaksikan oleh Pengerusi Persatuan Pelanconga­n dan Kebudayaan Daerah Keningau Rafie Robert (kanan).
SOKONG: Robert (dua kiri) menyerahka­n replika cek kepada Phon sambil disaksikan oleh Pengerusi Persatuan Pelanconga­n dan Kebudayaan Daerah Keningau Rafie Robert (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia