Utusan Borneo (Sabah)

Jeffrey agih sumbangan jayakan sambutan Pesta Kaamatan

- Oleh Kenneddy Corlleus

KENINGAU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan terus memberikan sokongan kepada pengurusan badan Jawatankua­sa Pembanguna­n dan Kemajuan Kampung (JPKK) dalam kawasan Parlimen Keningau.

Ahli Parlimen Keningau itu menyerahka­n sumbangan dana kewangan kepada pengurusan JPKK bagi menjayakan penganjura­n sambutan perayaan Pesta Kaamatan di kampung masing-masing.

Sumbangan berkenaan disampaika­n oleh Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Liawan dari Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen (PKRP) Keningau Erick Takun Lantayan kepada pengurusan Kampung Masak, Mottou, Bariawa Laut dan Padang Tembak bagi menjayakan program yang dirancang.

Pengerusi JPKK Kampung Masak Razali Ujoh bagi pihak Kampung Masak, Mottou dan Bariawa Laut menerima sumbangan itu, manakala Pengerusi JPKK Kampung Padang Tembak Asmah Wiyah Mohd Asidi hadir menerima bagi pihak pengurusan Kampung Padang Tembak.

Erick berharap sumbangan berkenaan akan melancarka­n segala aktiviti dalam program yang dirancang, selain mencapai objektif yang secara tidak langsung diyakini dapat memupuk semangat perpaduan dan silaturahi­m sesama masyarakat.

 ?? ?? SUMBANGAN: Razali (tengah) menerima sumbangan yang disampaika­n oleh Erick (kanan) di pejabat PKRP Keningau.
SUMBANGAN: Razali (tengah) menerima sumbangan yang disampaika­n oleh Erick (kanan) di pejabat PKRP Keningau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia