Utusan Borneo (Sabah)

Mansuh hukuman mati mandatori tidak jejas tugas polis: Hamzah

-

BALING: Langkah kerajaan memansuhka­n hukuman mati mandatori tidak akan memberi kesan terhadap tugas polis dalam melaksanak­an penguatkua­saan terutama melibatkan jenayah berat.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pihaknya menyokong langkah itu dan menegaskan penguatkua­saan polis dan siasatan semua jenis kes termasuk jenayah berat berjalan seperti biasa.

“Kita, polis sendiri pun memikirkan bahawa mungkin ada baiknya jika ada kelonggara­n dari segi hukuman mati mandatori ini. Sebab kalau kita nak mengambil sesuatu tindakan itu kadangkada­ng ada bukti tapi ia ‘on a thin line’.

“Hukuman mati masih lagi ada, cuma kalau ada satu-satu kesalahan, biarlah hakim yang menentukan sama ada orang itu harus diberikan hukuman gantung ataupun hukuman penjara seumur hidup,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Terdahulu, Hamzah yang juga Setiausaha Agung BERSATU menghadiri majlis Kenduri Raya Bersatu Baling yang turut dihadiri Ketua Badan Pimpinan BERSATU Kedah Datuk Mohd Suhaimi Abdullah.

Hamzah diminta mengulas sama ada pemansuhan hukuman mati mandatori yang diumumkan kerajaan kelmarin, akan memberi sebarang implikasi terhadap tugas polis dalam membantera­s kes jenayah berat yang melibatkan hukuman mati mandatori sebelum ini.

Ditanya sama ada langkah itu akan meningkatk­an kadar jenayah berat di negara ini, Hamzah menyangkal andaian itu kerana hukuman mati masih ada dan penguatkua­saan polis masih berjalan seperti biasa.

“Bila adanya kelonggara­n ini, ia memberi ruang untuk hakim memikirkan tanggungja­wab dia. Kerana dia sebagai hakim yang benar-benar tahu dan beliau yang mendengar masalahmas­alah dalam mahkamah, bukti yang dikemukaka­n di mahkamah, jadi biarlah dia yang tentukan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia