Utusan Borneo (Sabah)

Kereta terbabas turun bukit, kanak-kanak lelaki maut

- Oleh Siti Aisyah Narudin

BELURAN: Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas kenderaan yang dinaiki bersama keluargany­a terlibat dalam kemalangan di Jalan Telupid-Beluran di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa yang dkenali sebagai Muhammad Fahmi Hakimi, 4, disahkan meninggal akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Beluran Superinten­dan Kasim Muda berkata, mangsa meninggal dunia semasa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Telupid.

Katanya, kenderaan jenis SUV yang dinaiki mangsa bersama ibu bapa dan tiga lagi adik-beradik yang lain dipercayai terbabas ketika melalui satu jalan menuruni bukit.

“Selain mangsa yang mengalami kecederaan parah, pemandu dan penumpang yang lain dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

“Mangsa sekeluarga difahamkan dalam perjalanan dari arah Ranau menuju ke Sandakan.

“Siasatan awal mendapati kejadian terbabit berlaku pada waktu petang dan cuaca mendung selepas hujan manakala jalan berselekoh menuruni bukit,” katanya mengesahka­n kejadian di sini semalam.

Beliau berkata, polis menahan pemandu kenderaan terbabit di Balai Polis Telupid untuk membantu siasatan manakala penumpang yang lain menjalani rawatan di Klinik Kesihatan Telupid.

Menurutnya, mayat mangsa yang juga anak bongsu pasangan terbabit dihantar ke Hospital Beluran untuk bedah siasat lanjut.

Pihaknya menjalanka­n siasatan berhubung kes berkenaan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

 ?? ?? TERBABAS: Kenderaan yang terbabas dalam kemalangan terbabit mengakibat­kan seorang mangsa maut.
TERBABAS: Kenderaan yang terbabas dalam kemalangan terbabit mengakibat­kan seorang mangsa maut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia