SUMBANGAN IKHLAS:
Pengarah Unit Perancangan Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sabah Datuk Matbali Musah menyampaikan sumbangan ikhlas kakitangan UPPM seluruh Sabah berjumlah RM10,213 kepada Kasliza Zalile, isteri arwah Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) Ikmal Irwan Jusli. Ia disampaikan selepas bacaan tahlil arwah yang diadakan di bilik mesyuarat Ibu Pejabat UPPM di Menara Kinbalu, pada Jumaat lepas.