Utusan Borneo (Sabah)

GOTONG-ROYONG:

- —* Oleh Kenneddy Corlleus

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik menyertai program gotong-royong membersihk­an pekarangan tamu dan persekitar­an Pekan Apin-Apin anjuran pengurusan Jawatankua­sa Dalam Bandar (JKDB) Pekan Apin- Apin, Persatuan Penjaja Tamu dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pekan Apin-Apin pagi kelmarin. Gotong-royong itu diadakan bagi persediaan program ramah mesra Kaamatan peringkat Mukim Apin-Apin yang melibatkan Mukim Merampong, Apin- Apin, dan Mukim Bunga Raya yang dijangka akan diadakan dalam masa terdekat ini. Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor turut memuji usaha yang dilakukan oleh pihak penganjur dan masyarakat setempat dan berharap usaha itu diteruskan dari masa ke semasa dalam memastikan persekitar­an kawasan awam sentiasa bersih.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia