Utusan Borneo (Sabah)

SABAH LANCAR SMART SBB

Projek pertama libatkan sawah 45 hektar di Kg Jawi-Jawi Kota Belud

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA BELUD: Program SMART Sawah Berskala Besar (SBB) kini dilancarka­n di Sabah dengan menjadikan kawasan sawah terbiar seluas 45 hektar di Kampung Jawi-Jawi di sini sebagai lokasi pelaksanaa­n program berkenaan.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, Program SMART SBB dilaksanak­an melalui kerjasama strategik awam-swasta bersama Padiberas Nasional Berhad (BERNAS).

Katanya, seramai 40 pesawah yang terlibat dalam inisiatif SMART SBB di negeri ini dijangka dapat membantu meningkatk­an hasil pendapatan masingmasi­ng.

“Saya yakin kolaborati­f strategik antara Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dengan syarikatsy­arikat peneraju ini akan menjadi titik permulaan kepada perubahan landskap industri padi dan beras tempatan.

“Kerajaan dengan kerjasama kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk memajukan industri padi dan beras di Sabah sekali gus membantu pesawah dalam meningkatk­an hasil dan pendapatan,” katanya ketika berucap merasmikan majlis Pelancaran Program SMART SBB di Kawasan Pembanguna­n Pertanian Bersepadu (IADA) di sini semalam.

Beliau berkata, kerajaan Persekutua­n turut memperuntu­kkan sebanyak RM68.97 juta kepada Sabah tahun ini menerusi tiga program subsidi input dan satu program subsidi output.

Menurutnya, peruntukan berkenaan dijangka memberikan manfaat kepada seramai 45,016 pesawah termasuk pesawah padi bukit di negeri ini.

“Sepertiman­a kita sedia maklum, penanaman padi di Kota Belud dilaksanak­an secara tradisiona­l iaitu menggunaka­n sumber air semula jadi dari gunung bagi tujuan pengairan sawah.

“Kaedah pengairan ini sesuai untuk pengeluara­n penanaman padi dan pengeluara­n beras yang bermutu tinggi atau ‘specialty rice’.

“Situasi ini juga menyamai kaedah pengairan di Wilayah

Jammu dan Kashmir untuk penanaman padi dan pengeluara­n beras Basmathi yang bermutu tinggi,” jelasnya.

Sehubungan itu katanya, MAFI berhasrat untuk memberi perhatian khusus kepada penanaman padi organik yang bersesuaia­n dengan keadaan tanah bagi mencapai pengeluara­n hasil padi khusus dan berkualiti, seterusnya dapat meningkatk­an pendapatan dan taraf hidup pesawah di daerah ini.

Selain itu beliau berkata, selaras dengan usaha kerajaan untuk memperkasa peranan IADA dan membantu pembanguna­n subsektor padi di daerah ini, kerajaan memperuntu­kkan sejumlah RM36 juta tahun ini untuk pembinaan Kompleks IADA.

Katanya, projek pembanguna­n yang dijangka siap dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) ini terbahagi kepada dua peringkat iaitu kerja tanah dan pembinaan kompleks.

Ronald berkata, kompleks berkenaan bakal menyumbang kepada pembanguna­n kawasan yang lebih holistik dan cekap selain menjadi pusat latihan kepada pesawah.

Beliau berkata, usaha itu bagi meningkatk­an ilmu pengetahua­n para pesawah dalam pembanguna­n industri padi, bengkel jentera pertanian, serta makmal analisis pertanian.

Pada majlis itu, Ronald turut menyerahka­n replika cek Bantuan Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) bernilai RM71,411.88 kepada wakil penerima daripada Kumpulan Pengguna Air Kampung Tempasuk 2 Lejimin Gindal yang mewakili 91 pesawah yang terkesan akibat bencana banjir tahun lepas.

Turut disampaika­n replika kunci pam air kepada Kumpulan Pengguna Air (KPA) bagi 11 kawasan yang diwakili Amran@Harman Sibin dari KPA Kampung Labuan dan jentera mini pembajak dan penuai kepada kepada tiga kampung yang diwakili oleh Yipin Yaga.

Turut hadir, Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Hendrus Anding; Setiausaha Tetap Kementeria­n Pertanian dan Perikanan Datuk Dr. Mariana Tinggal; Ketua Bahagian Pengurusan Konsesi dan Aktiviti Huluan BERNAS Abdul Rahman Mohd Nasri; dan Pengarah IADA Kota Belud Norfaine Sameun.

 ?? ?? BANTUAN: Ronald (tiga kanan) menyampaik­an replika cek Bantuan Tabung Bencana Tanaman Padi kepada Lejimin (tiga kiri) yang mewakili penerima pada majlis itu.
BANTUAN: Ronald (tiga kanan) menyampaik­an replika cek Bantuan Tabung Bencana Tanaman Padi kepada Lejimin (tiga kiri) yang mewakili penerima pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia