Utusan Borneo (Sabah)

Tapak untuk Akademi Teknologi Automotif Sibu di Kemuyang

-

SIBU: Kerajaan Sarawak telah meluluskan sebidang tanah seluas kira-kira enam ekar di Kemuyang di sini, untuk pembinaan Akademi Teknologi Automotif Sibu yang sudah lama ditunggu-tunggu, dedah Dr Annuar Rapaee.

Tanpa mendedahka­n kos projek itu beliau berkata, Sarawak Skills dengan kerjasama Persatuan Juruteknik Kenderaan Sibu (SARA) akan menubuhkan akademi yang dicadangka­n ini.

Mengulas lanjut mengenai berita gembira itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat I itu berkata, ini merupakan pencapaian penting bagi pembanguna­n di Sibu.

“Saya ada berita baik untuk anda semua.

“Kerajaan Sarawak telah meluluskan sebidang tanah di Kemuyang untuk pembinaan Akademi Teknologi Automotif Sibu, yang menjadi impian ahli persatuan (SARA) yang sudah lama ditunggu-tunggu.

“Sehubungan itu, bagi pihak Kerajaan Sarawak, saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada SARA kerana bekerjasam­a rapat dengan Sarawak Skills untuk menubuhkan Akademi Teknologi Automotif Sibu.

“Lebih penting lagi, dengan merealisas­ikan akademi itu dalam masa beberapa tahun lagi, ia bukan sahaja menyediaka­n latihan kemahiran (dalam bidang automotif) untuk rakyat Sarawak, tetapi peluang pekerjaan juga,” kata Dr Annuar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu berkata demikian pada Majlis Insentif Pelajar dan Lantikan Jawatankua­sa Eksekutif Ke22 SARA di Hotel Kingwood di sini, kelmarin.

Acara sama turut menyaksika­n majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) antara Sarawak Skills dan SARA.

Dalam perkembang­an lain, Dr Annuar memberi jaminan bahawa semua wakil rakyat Gabungan Parti Sarawak (GPS) di sini akan bekerjasam­a rapat untuk melakar pembanguna­n Sibu ke tahap yang lebih tinggi.

Beliau juga menjanjika­n peruntukan RM30,000 daripada projek kecil luar bandar (MRP) miliknya kepada SARA.

Sementara itu, Pengerusi SARA Teo Nging Poh mengimbau mengenai ahli SARA yang telah sekian lama cuba menubuhkan pusat latihan automobil untuk anggota dan pekerja mereka mendapatka­n latihan secara langsung bagi meningkatk­an kemahiran, terutama dalam bidang pembaikan dan penyelengg­araan kereta.

Teo yang dilantik semula mengetuai SARA turut memaklumka­n persatuan itu kini mempunyai 170 ahli berdaftar.

PengarahEk­sekutifKum­pulan Institusi Pembelajar­an Sarawak Skills Hallman Sabri berkata, dengan sokongan Kerajaan Sarawak, Sarawak Skills dengan kerjasama SARA akan menubuhkan Akademi Teknologi Automotif Sibu.

Sehubungan itu, beliau mengucapka­n terima kasih kepada Dr Annuar atas bimbingan dan sokongan yang amat besar dalam memudahkan pembanguna­n hab latihan ini di tengah-tengah Sibu.

“Sememangny­a, ini adalah contoh cemerlang semua pihak berkepenti­ngan yang bersatu sebagai rakan kongsi strategik dalam pembanguna­n bakat,” kata Hallman.

Turut berucap pada majlis itu ialah Ahli Parlimen Bintulu dan ADUN Dudong Datuk Seri Tiong King Sing, Presiden Persatuan Pemilik Bengkel Automobil Malaysia Khor Kong Siah dan pengerusi penganjur Joseph Ling Chi Uh.

 ?? ?? TERMETERAI: Hallman (kiri) mewakili Sarawak Skills manakala Teo (tiga kanan) bagi pihak SARA semasa majlis menandatan­gani MoU yang disaksikan Dr Annuar (empat kiri, baris kedua) dan Khor (dua kanan).
TERMETERAI: Hallman (kiri) mewakili Sarawak Skills manakala Teo (tiga kanan) bagi pihak SARA semasa majlis menandatan­gani MoU yang disaksikan Dr Annuar (empat kiri, baris kedua) dan Khor (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia